“Ramai Yang Dah Lupa..” – Chef Anis Nabilah Henti Kongsi ‘Food Content’ ,Tanda Solidariti Buat Rakyat Palestin Kebuluran

Kehidupan

“Ramai Yang Dah Lupa..” – Chef Anis Nabilah Henti Kongsi ‘Food Content’ ,Tanda Solidariti Buat Rakyat Palestin Kebuluran

Chef selebriti tanah air, Anis Nabilah mengambil keputusan untuk menghentikan seketika perkongsian kandungan berkaitan makanan di media sosial sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang sedang bergelut dengan krisis kebuluran di Gaza.

Langkah itu diumumkan sendiri oleh Anis menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, di mana beliau menyuarakan rasa sedih dan marah terhadap situasi yang menimpa penduduk Gaza akibat sekatan dan kekejaman berterusan pihak Zionis Israel.

Advertisement

Atas rasa hormat dan solidariti, saya tidak akan memuat naik apa-apa hantaran berkaitan makanan.

Ketika ini, berjuta rakyat Gaza dipaksa menahan lapar. Polisi mengarut ini menyebabkan ramai keluarga dinafikan hak untuk mendapatkan bantuan makanan, air bersih, dan keperluan asas perubatan.

Anis turut menyatakan bahawa ramai kanak-kanak di Gaza terkorban akibat kelaparan, namun isu ini tidak mendapat perhatian sewajarnya di peringkat antarabangsa. Beliau menyeru masyarakat Malaysia agar membuka mata dan memainkan peranan dalam memberi kesedaran serta sokongan kepada rakyat Palestin.

Jika anda lihat hantaran ini, saya harap anda juga luangkan masa untuk belajar, bersuara, hulurkan bantuan, dan jangan buat tak kisah.

Tindakan Anis mendapat sokongan luas daripada warga maya, yang memuji kepekaannya terhadap isu kemanusiaan. Ramai turut berkongsi dan mengulang ciap kenyataan beliau sebagai bentuk sokongan.

Tindakan simbolik seperti ini mencerminkan keprihatinan masyarakat selebriti terhadap penderitaan yang dialami rakyat Palestin, sekaligus mendorong lebih ramai pihak untuk mengambil langkah sewajarnya dalam menunjukkan solidariti bukan sekadar bersimpati, tetapi juga bertindak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fairuz al jengkawi adik zara, spekulasi
2025-07-31 07:24:54

"Jangan Terus Berspekulasi Mengenai Kes Adik Zara , Sebab Ada 'Plot Twist'"- Fairuz Al-Jengkawi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...