Ramai Yang Berminat Nak Uji Tahap Kesetiaan Pasangan Masing-Masing Selepas Eksperimen ‘Gold Digger’ Menjadi Viral

Trending

Ramai Yang Berminat Nak Uji Tahap Kesetiaan Pasangan Masing-Masing Selepas Eksperimen ‘Gold Digger’ Menjadi Viral

Selepas kejayaan melakukan eksperimen khas dalam mengesan ciri-ciri ‘gold digger’ ataupun pisau cukur sebelum ini, ramai yang menyuarakan hasrat mereka untuk turut sama melakukan perkara yang sama pada pasangan mereka. Untuk yang tidak tahu, video ‘social experiment’ yang bertajuk Experiment Gold Digger Test: Setia Atau Curang? ini sedang viral dikongsikan di media sosial.

Baca: Cubaan YouTuber Kantoikan Bakal Tunang Rakan Dengan ‘Gold Digger Test’ Mendapat Pujian Netizen

Advertisement

Rata-rata yang telah menonton meninggalkan komen mereka dalam mengkritik tindakan gadis dikenali sebagai ‘Bella’ itu yang dengan mudahnya curang pada pasangan walaupun telah bersama selama 4 tahun. Menerusi ruangan komen di Instagram, ramai yang berminat untuk menguji kesetiaan pasangan mereka melalui eksperimen yang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bros Gang TV ? (@brosgang.tv) on

Nak uji pasangan

komen instagram

komen instagram

Melihatkan pada ramai yang berminat untuk menguji pasangan masing-masing, adakah ini bermakna ramai yang mempunyai masalah ‘trust issue’ pada pasangan ditambah pula dengan kes curang yang semakin banyak berlaku. Walaupun pandangan berbelah bagi diberikan tentang video ini kerana ada juga yang menganggap ianya satu lakonan semata-mata.

Selain daripada yang ingin melakukan eksperimen yang sama, ada juga yang menegur krew produksi untuk lebih profesional dalam menjaga hati pasangan lelaki yang dicurangi dalam eksperimen ini. Pada penghujung video, lelaki tersebut jelas nampak kecewa dan sedih selepas teman wanitanya kantoi curang padanya.

Tapi apa-apa pun, jangan jadi ‘Bella’ dalam hubungan anda.

Artikel berkaitan: Cubaan YouTuber Kantoikan Bakal Tunang Rakan Dengan ‘Gold Digger Test’ Mendapat Pujian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...