Sejak beliau putus tunang, kami pasti ramai yang perasan bukan sahaja lagunya sahaja laris tetapi tuan empunya badan iaitu Sufian Suhaimi turut menjadi kegilaan ramai.
Malah, Sufian akui ada peminat yang menawarkan diri mereka untuk menjadi pengubat luka hati penyanyi tersebut dengan menjadi teman wanitanya. Wah,sampai begitu sekali?
Saya akui memang ada wanita yang ‘offer’ untuk jadi teman wanita saya tetapi rasanya itu sekadar usikan peminat sahaja.Mungkin mereka mahukan saya rasa gembira, ceria dan rasa ‘wanted’. Tidak ada yang serius pun.
Fokus saya sekarang untuk kerjaya semata-mata dalam bidang muzik dan saya tak mahu perhubungan menjejaskan fokus saya sekarang.
Baguslah kalau Sufian mahu terus menumpukan perhatian kepada kerjaya dan tidak terlibat dengan masalah emosi lagi. Kadang-kadang percintaan baru bukanlah solusi terbaik untuk melupakan luka lalu.