April 10th, 2019

Pergolakkan rumah tangga Bella Astillah buat kali kedua banyak membuka mata ramai di luar sana kerana kekuatan hati dan ketabahan beliau mengharungi dugaan itu.

Disebabkan itu juga, beliau menerima banyak mesej peribadi daripada wanita yang mengalami nasib yang sama. Meminta nasihatnya serta berkongsi masalah kecurangan suami mereka.

Saya selalu sangat terima DM (direct message) macam ini. MasyaAllah saya tersentuh sangat dengan cerita-cerita mereka. Saya faham sangat macam mana mereka rasa.

Minta maaf memang saya tak mampu untuk reply semua tapi saya baca mesej anda. Jadi, saya nak bagi cadangan untuk join seminar sebab saya pun sertai. InsyaAllah boleh bagi kekuatan pada kita semua.

Sebelum ini, Aliff pernah mengecewakan hati isterinya sekitar tahun 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Bagaimanapun, kerana perasaan cinta dan sayang , Bella ketika itu memaafkan suaminya. Namun, Aliff  ‘kantoi’ curang buat kali kedua bersama pelakon baru, Oktovia Manrose.

Sumber Berita : mStar Online


23 responses to “Ramai Wanita Minta Nasihat Daripada Bella Astillah, Mengadu Masalah Suami Curang”

  1. Intan nur azzura says:

    Sebelum suami kita curang.jom kita curang dulu uollss

  2. Anonymous says:

    brapa thn pengalaman berumahtangga dia ni?

Loading...