Siapa yang tidak kenal dengan Wak Doyok, seorang jejaka yang bergaya dan berharta, pasti menjadi idaman setiap wanita, tetapi sehingga kini dia masih lagi solo. Ramai juga yang tertanya-tanya, bila agaknya ikon fesyen ini akan menamatkan zaman bujangnya?
Bagaimanapun, kata Wak Doyok dia tidak terburu-buru dalam soal rumah tangga dan masih lagi mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan teman hidup. Dia mengakui ramai wanita mat salih yang mendekatinya tetapi ibu tercinta lebih sukakan wanita Melayu sebagai menantu.
Buat masa sekarang, saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.
Ramai juga wanita mat salih cuba mendekati saya, tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita melayu cuma mereka tidak minat pada saya. Saya tidak mencari, tapi kalau jumpa yang okey, jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga.
Berkongsikan ciri-ciri wanita idamannya, Wak Doyok memberitahu selain memiliki rupa paras yang cantik dia juga mahu bakal isterinya seorang wanita yang tahu memasak kerana dia tidak suka makan diluar.
Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.
Selain itu, dia kena jaga dan terima saya seadanya, itu pun sudah mencukupi. Kalau boleh saya tak nak isteri yang aktif di laman sosial.
Penangan Wak Doyok ini bukan ‘kaleng-kaleng’ kata orang zaman sekarang. Auranya kuat sehingga menjadi dambaan ramai wanita. Kami doakan agar Wak Doyok cepat dipertemukan jodoh.

tecit
January 2, 2020 at 10:04 am
nampak mcm berpatah arang je dgn org melayu. mcm merajuk je gayenye haha. pmpwn mlayu mane suke laki yg lg sibuk nk berhias drpd dorg sendiri. kuikuikuikuikui. minah salih reti ke nk masak sndiri? klu tgk cite mat salih, laki depa lg byk masak dr wanita. kihkihkihkihkihkih. kalau kau cari rumput paling perfect dalam satu padang, tapi xjumpe2 biarpun dah sampai hujung padang, kalau diberi 100 padang sekali pon kau xjumpe jumpe baiii.
Anonymous
December 30, 2019 at 7:52 pm
mak dia masak kot
Anonymous
December 30, 2019 at 6:36 pm
nak y pndai masak sbb x suke mkn luar..abis skrg ni ko bujang ko mkn mne??Tak kn mkn umah org kot….mustahil ko y masak…sbb laki y pndai masak tak kan demand nk perempuan pndai masak….hahahaha…
Anonymous
December 30, 2019 at 5:29 pm
Maaf saya cakap wak doyok nak yang cantik dan pandai masak. Tapi saya nak tanya wak doyok blh jadi imam pada isteri. Maaf sekadar bertanya.
Anonymous
December 30, 2019 at 6:36 pm
Ntah2 baca fatihah pun x lepas…