Boleh dikatakan kini di platform media sosial pihak stesen TV popular teruk dikecam ramai dek tindakan mereka menggunakan Bella Astillah sebagai artis yang memberi anugerah kepada Sophia Al-Barakhbah di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).
View this post on Instagram
Bukan saja netizen, bahkan ramai juga barisan selebriti yang meluahkan rasa berang apabila melihat hal tersebut berlaku kerana seperti mempermainkan trauma yang dialami Bella sebelum ini.
Susulan menganggap kelakuan tersebut melampaui batas, ramai menggesa agak pihak stesen TV itu membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella.
Malah, ada juga yang mahu memboikot stesen TV berkenaan sebagai tanda tidak bersetuju dengan cara tidak beretika daripada pihak mereka terhadap pelakon itu.
Sekadar info, tular di platform media sosial yang memaparkan suasana tegang ketika kejadian itu berlaku dan kelihatan Bella kurang selesa dengan perkara tersebut.