Ramai Tertanya-Tanya Apa Shila Amzah Keluarkan Dari Mulut Ketika ‘Live’ SFMM36, Rupanya…

Hiburan

Ramai Tertanya-Tanya Apa Shila Amzah Keluarkan Dari Mulut Ketika ‘Live’ SFMM36, Rupanya…

Senarai 12 lagu finalis Anugerah Juara Lagu 36 telah pun diumumkan pada hujung minggu baru-baru ini. Antara yang mendapat perhatian adalah Naim Daniel dan Haqiem Rusli di mana masing-masing mempertaruhkan 2 lagu di peringkat akhir nanti.

Aksi penyanyi ketika separuh akhir baru-baru ini menjadi bualan ramai netizen di media sosial termasuklah detik ketika Shila Amzah membuat persembahan bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) menyanyikan lagu duet mereka, Pelukan Angkasa.

Advertisement

Pada minit ke 1:18, Shila dilihat mengeluarkan sesuatu dari mulutnya dan terus mencampak ‘benda’ itu ke belakang pentas sebelum meneruskan nyanyiannya.

Ramai penonton tertanya-tanya apakah yang dikeluarkan oleh penyanyi tersebut ketika sedang membuat persembahan. Menerusi rakaman TikTok dimuat naik seorang pengguna, Shila telah pun mendedahkan bahawa dia sebenarnya membuang gula-gula yang dimakan untuk masalah tekak.

@arifeddy

Oohhh baru tahu! #ShilaAmzah #Shila #SFMM36 #MuzikMuzik #AJL #JuaraLagu #tv3 @shilaamzahofficial @tv3malaysia

? original sound – Arif Eddy – Arif Eddy

Kata Shila, manisan itu agak mengganggunya untuk menyanyi meskipun bersaiz kecil saja. Disebabkan itu, dia mengeluarkan untuk berasa lebih selesa. Meskipun dengan gangguan sebegitu, Shila dipuji netizen kerana tetap memberikan persembahan yang memukau.

Baca: “Percayalah, Ini Adalah Jalan Yang Terakhir, Dah Bertahun Sha Cuba” – Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...