Sejak kembali solo, kelibat aktres Puteri Sarah Liyana sentiasa menjadi tumpuan terutamanya pengikutnya di media sosial kerana mahu melihat kehidupannya sekarang.
Terbaru, foto dimuat naik oleh Sarah semalam ketika menghadiri majlis ulang tahun perkahwinan rakan baiknya, Janna Nick meraih perhatian ramai di platform Instagram.
Glow up lepas bercerai
Menerusi hantaran di Instagram, ramai terpegun melihat ‘glow up’ ibu kepada dua cahaya mata itu selepas perpisahannya.
Hantaran dikongsikan Sarah memaparkan dirinya anggun bergaya dengan gaun serba hitam dan badannya yang langsing juga turut mencuri tumpuan.
Ramai pengikutnya memuji wajah Sarah yang berseri-seri dan ada yang berpendapat senyumannya cukup membuktikan kegembiraan yang dirasainya kini. Rata-ratanya terpesona dengan penampilan terbaru Sarah sejak tidak lagi bersama bekas suami.
View this post on Instagram
Mekap menyerlahkan kecantikan Sarah
Sarah turut berkongsi gambarnya bersama rakan-rakan aktres iaitu Diana Daniella, Aprena Manrose dan Nadia Brian menerusi satu hantaran lain di Instagram.
Kecantikan solekan Sarah juga turut menerima pujian ramai termasuklah rakan selebriti yang berkata mekap tersebut menyerlahkan lagi keanggunan ibu kepada Syaikhul dan Sumayyah itu.
Ada yang berkata Sarah tetap menyerlah cantik meskipun bertudung dan beberapa individu sempat mendoakan agar aktres tersebut berjumpa dengan lelaki yang lebih menghargainya di masa akan datang.
MasyaAllah cantiknya dia bagai bidadari. Semoga hadir seseorang yang lebih menghargai.