Ramai Terlepas Pandang! Manfaat Bijak Menyimpan Bersama KWSP Walaupun Bekerja Sendiri

Branded

Ramai Terlepas Pandang! Manfaat Bijak Menyimpan Bersama KWSP Walaupun Bekerja Sendiri

Kalau pekerja swasta memang ada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tapi macam mana dengan pekerja ekonomi gig tanpa pendapatan tetap?

Apa itu i-Saraan?

Untuk membantu pekerja tanpa pendapatan tetap setiap bulan, kerajaan melalui KWSP memperkenalkan inisiatif i-Saraan bagi menggalakkan caruman sukarela ke dalam akaun KWSP untuk tujuan persaraan. Caruman yang dibuat akan layak menerima insentif khas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Caruman i-Saraan ini dibuat secara sukarela sukarela yang membolehkan pekerja ekonomi gig mencarum mengikut jumlah yang mereka tetapkan sendiri untuk meningkatkan simpanan persaraan.

Kenapa kena mencarum melalui i-Saraan?

Kenapa i-Saraan? Kenapa bukan menabung dengan pelbagai cara lain? Ada 6 sebab kenapa anda perlu daftar  i-Saraan ini.

Dividen tahunan

kwsp

Mereka yang mencarum akan menikmati dividen tahunan sambil membina simpanan untuk persaraan.tahunan yang diberikan oleh KWSP juga memberikan impak yang besar kepada peningkatan tabung persaraan anda. 

Insentif khas

Dengan i-Saraan ini juga pencarum yang mencarum sebanyak RM2,500 berpeluang menikmati insentif padanan maksimum 20% daripada jumlah caruman, iaitu RM500.

Ini merupakan insentif khas kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai mencarum. Tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan.

Pelepasan cukai

i-Saraan ini juga melayakkan pencarum mendapat pelepasan cukai (tertakluk terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri).

Ini juga berfungsi sebagai insentif tambahan untuk menggalakkan pencarum membina simpanan persaraan yang lebih kukuh.

Bantuan kematian

KWSP juga akan memberikan bantuan kematian RM2,500 kepada penama atau waris ahli sekiranya ahli meninggal dunia dan memenuhi semua kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Faedah ini menawarkan sokongan kewangan dan kemudahan kepada orang tersayang untuk meringankan beban jika sesuatu berlaku kepada kita.

Cara mendaftar i-Saraan

Ayuh bina tabungan hari persaraan dengan mendaftar dan mencarum dengan i-Saraan. Mudah sahaja, ada beberapa cara untuk mendaftar iaitu:

KWSP i-Akaun

Daftar sebagai ahli KWSP dan daftar i-Saraan melalui aplikasi KWSP  i-Akaun. Belum ada akaun? Muat turun sekarang di App Store, Google atau pun Huawei App Store.  Pastikan anda sediakan MyKad untuk pendaftaran.

Self-Service Terminal (SST)

Pendaftaran juga boleh dibuat sendiri di SST berhampiran anda. Lokasi boleh didapati DI SINI. Jangan lupa sediakan MyKad untuk mendaftar dengan cara ini.

Untuk info lanjut dan tips menambah tabungan persaraan, ikuti KWSP di laman sosial mereka:

Facebook: https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/ 

Instagram: https://www.instagram.com/kwspmalaysia/ 

Twitter: https://twitter.com/kwspmalaysia 

TikTok: https://www.tiktok.com/@kwsp.malaysia 

Youtube: https://www.youtube.com/KWSPMalaysia 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...