Ramai Terkejut Dengan Pendedahan Mondy Tatto, Kini Sarat Hamil Namun Telah Ditinggalkan Suami

Trending

Ramai Terkejut Dengan Pendedahan Mondy Tatto, Kini Sarat Hamil Namun Telah Ditinggalkan Suami

Sejak kembali ke Indonesia, khaabar pempengaruh kontroversi dari Indonesia, Mondy Tatto tidak lagi didengari dan berita tentangnya juga semakin senyap dari media sosial.

Bagi yang mengikutinya di platform TikTok tahu bahawa Mondy dalam keadaan baik di negara asalnya dan menjalani kehidupan sehariannya.

Advertisement

 

Kini sarat hamil di Indonesia

Namun, perkongsian Mondy baru-baru ini di TikTok mengejutkan ramai pihak selepas dia mendedahkan tentang keadaannya sekarang yang sedang sarat hamil.

Menerusi video itu, Mondy turut mendedahkan dia telah ditinggalkan oleh pasangannya ketika hamil dan menganggap lelaki terbabit tidak layak dipanggil ayah kerana lari daripada tanggungjawab.

Hamil tanpa suami itu tidak mudah.

Walau bagaimanapun, Mondy berkata dia berjanji akan menjaga anak yang bakal dilahirkan dengan baik dan menyayanginya.

@mondy_tatto #tato #galau #punk #sad #fyppppppppppppppppppppppp #fb #hamil #bumil ♬ bunyi asal – iera🍭

 

Ada bapa yang sah ke? – Netizen

Perkongsian Mondy itu meraih perhatian dan menerima pelbagai respon daripada warganet Indonesia yang bersimpati dengan nasib menimpanya.

Bukan itu sahaja, ramai turut mempersoalkan jika anak itu mempunyai status yang sah malah  ada yang membuat andaian bahawa Mondy merupakan seorang gadis yang ‘liar’.

mondy tatto hamil

Bagaimanapun, Mondy tidak menjawab atau memberikan sebarang respon terhadap persoalan yang dibangkitkan netizen.

Terdahulu, peguam yang mewakili Ebit Lew, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan pihak peguam bela ttidak akan meneruskan kes dakwaan rogol sebelum ini namun pendakwah itu tetap akan meneruskan saman fitnah terhadap Mondy.

ebit lew mondy gugur kes
3 months ago

Saman Fitnah Terhadap Mondy Tetap Diteruskan, Kes R*gol Ebit Lew Klasifikasi 'NFA'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...