Ramai Terhibur Lihat Gelagat Mak Bebel Di Kenduri Anak

Trending

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Mak Bebel Di Kenduri Anak

Tidak dinafikan, para ibu sememangnya sering dikaitkan dengan satu sikap iaitu kuat bebel. Malah diakui oleh wanita di seluruh dunia tidak kira apa bangsa sekalipun pastinya mempunyai sikap suka membebel ini.

Kadangkala, bukan anak-anak sahaja yang akan mendengar bebelan para ibu ini tetapi terkena juga tempias kepada si suami. Bagi anak-anak yang sudah biasa mendengar bebelan kaum ibu ini, pastinya mereka sudah lali dan hanya mampu pasrah mendengar.

Advertisement

3 years ago

Suami Bebel Kepada Isteri, Barang Dapur Cecah RM500 Seminggu

Namun, kita sebagai anak janganlah mudah ambil hati ya sekiranya ibu kita berperangai sebegitu. Bukan apa, mereka bebel itu adalah kerana mereka inginkan yang terbaik untuk kita dan memastikan kita melakukan perkara yang betul.

Pastinya, tiada ibu yang berleter atau bebel tanpa sebab betul? Walaupun anak-anak akan rimas dengan sikap ini, namun percayalah mereka akan berterima kasih kepada ibu di kemudian hari kerana teguran dan leteran itu yang membuatkan mereka menjadi orang berguna.

Mak tetap bebel walaupun ketika kenduri kahwin anak sendiri

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama emiliacomot yang memaparkan kejadian seorang gadis terpaksa mendengar emaknya berleter ketika berada di majlis perkahwinannya.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang wanita pertengahan usia yang merupakan ibu kepada pengantin perempuan itu membebel menasihati anak perempuannya di khalayak ramai.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila si emak membebel seolah-olah tidak peduli langsung terhadap orang ramai walaupun kedengaran kuat leterannya itu.

Anaknya yang segan sambil ketawa sempat bergurau menyuruh ibunya pulang dengan cepat. Ibunya kemudian lantas memberikan pesanan kepadanya supaya dia menjaga kebersihan rumah. Tetamu dan orang sekeliling yang melihat ragam anak beranak ini juga dilihat terhibur dan ketawa.

“Ingat mak-mak melayu je macam ni hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan, 75.5 ribu tanda like dan 1.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat selamba si ibu membebel kepada anaknya walaupun di majlis perkahwinan anaknya sendiri.

Mak bebel dekat anak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Mak bebel dekat anak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mengatakan walaupun cara ibu gadis tersebut membebel agak garang, namun nasihat yang dia berikan adalah sangat berguna dan dalam hatinya pasti sebak melihat anaknya sudah berkahwin.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...