Ramai Terhibur Lihat Gadis Kena ‘Game’ Dengan Kedai Makan

Trending

Ramai Terhibur Lihat Gadis Kena ‘Game’ Dengan Kedai Makan

Tidak dinafikan, urusniaga dan pembelian secara online sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita sejak berkuatkuasanya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini, pelbagai barangan sudah boleh dibeli secara online sahaja termasuklah makanan di kedai makan.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai dinasihatkan supaya stay at home serta menghadkan pergerakan untuk keluar rumah. Tidak perlu keluar jika tiada keperluan untuk keluar. Disebabkan itu, ramai yang mengambil inisiatif serta langkah selamat dengan melakukan pembelian barangan secara online.

Advertisement

2 bulan lalu

Wanita Pelik Whiteboard Susah Nak Padam, Rupa-Rupanya...

Pembelian secara online ini bukan sahaja boleh memudahkan urusan kita, ia juga mampu untuk mengurangkan risiko kita dijangkiti wabak virus Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya. Ia juga lebih menjimatkan masa kerana kita tidak perlu untuk bersesak-sesak di luar untuk beli barangan sendiri.

Gadis minta kedai makan letakkan sedikit halia dalam sup yang dipesan tapi lain pula yang jadi

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @rinshaza yang memaparkan seorang gadis berkongsi kisah lucu selepas dia memesan makanan pada sebuah kedai makan secara delivery.

@rinshazaService terbaik..? original sound – rinshaza

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan gadis itu telah pun membeli makanan secara online dengan memesan nasi putih bersama sup daging.

Semasa membuat pesanan, dia telah menulis request untuk meminta tukang masak meletakkan halia dalam sup daging tersebut kerana perutnya berasa tidak sedap akibat kembung.

Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila pesanan makanannya sampai, dia mendapati kedai makan itu memberikannya seketul halia di dalam plastik bersama dengan pesanan makanannya itu.

Lebih melucukan, kedai tersebut turut menulis “hahahaha” di belakang resit pesanan makanannya itu. Gadis tersebut ketawa melihat perkara tersebut kerana terhibur.

@rinshazaReply to @luvlysweets part 2? original sound – rinshaza

“Terhibur dik, pandai chef tu buat lawak”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 351 ribu tontonan, 26.3 ribu tanda like dan 724 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi dialami oleh gadis tersebut.

Gadis pesan makanan di kedai makan Gadis pesan makanan di kedai makan Gadis pesan makanan di kedai makan Gadis pesan makanan di kedai makan Gadis pesan makanan di kedai makan Gadis pesan makanan di kedai makan Gadis pesan makanan di kedai makan

Advertisement
Gadis pesan makanan di kedai makan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang mengatakan kedai makan tersebut memberikannya seketul halia supaya gadis itu boleh meletakkannya sendiri ke dalam sup itu mengikut kehendaknya sendiri.

Ada juga yang berseloroh mengatakan ini adalah salah satu taktik yang bagus kerana jika 10 kali memesan makanan online, sudah dapat bahan yang cukup untuk memasak satu lauk.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...