Tidak dinafikan, urusniaga dan pembelian secara online sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita sejak berkuatkuasanya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini, pelbagai barangan sudah boleh dibeli secara online sahaja termasuklah makanan di kedai makan.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai dinasihatkan supaya stay at home serta menghadkan pergerakan untuk keluar rumah. Tidak perlu keluar jika tiada keperluan untuk keluar. Disebabkan itu, ramai yang mengambil inisiatif serta langkah selamat dengan melakukan pembelian barangan secara online.
Pembelian secara online ini bukan sahaja boleh memudahkan urusan kita, ia juga mampu untuk mengurangkan risiko kita dijangkiti wabak virus Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya. Ia juga lebih menjimatkan masa kerana kita tidak perlu untuk bersesak-sesak di luar untuk beli barangan sendiri.
Gadis minta kedai makan letakkan sedikit halia dalam sup yang dipesan tapi lain pula yang jadi
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @rinshaza yang memaparkan seorang gadis berkongsi kisah lucu selepas dia memesan makanan pada sebuah kedai makan secara delivery.
“Terhibur dik, pandai chef tu buat lawak”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 351 ribu tontonan, 26.3 ribu tanda like dan 724 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi dialami oleh gadis tersebut.
Ramai juga yang mengatakan kedai makan tersebut memberikannya seketul halia supaya gadis itu boleh meletakkannya sendiri ke dalam sup itu mengikut kehendaknya sendiri.
Ada juga yang berseloroh mengatakan ini adalah salah satu taktik yang bagus kerana jika 10 kali memesan makanan online, sudah dapat bahan yang cukup untuk memasak satu lauk.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara