“Ramai Tanya, Tak Sayang Bini Ke?” – Abang Tesla Beri Penjelasan Isu Poligami ‘Viral’, Minta Netizen Jaga Percakapan

Kehidupan

“Ramai Tanya, Tak Sayang Bini Ke?” – Abang Tesla Beri Penjelasan Isu Poligami ‘Viral’, Minta Netizen Jaga Percakapan

Tular sejak hujung minggu lalu mengenai kisah pensohor media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla yang memuat naik video TikTok mengumumkan bahawa dia telah bernikah sekali lagi.

Memetik Oh Bulan, dia menyedari ramai yang tampil mengecam selain melemparkan kata-kata kesat gara-gara video tersebut.

Advertisement

Satu Malaysia kecam saya, isteri pertama tahu kan pada itu. Saya nak salahkan mereka pun tak boleh. Ramai yang poligami tapi ikut jalan yang salah, tak buat dengan betul.

Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ni, perbetulkan apa yang silap. Tapi ramai yang tak paham.

Video penjelasan itu pada mulanya dimuat naik lelaki ini di Instagram namun dipadam tidak lama kemudian.

Jelasnya lagi, seorang isteri itu amat mudah untuk masuk ke dalam syurga sekiranya taat pada Allah dan suami.

Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu.

Kenapa senang masuk syurga? Perempuan nak masuk syurga hanya taat pada Allah dan suami. Kenapa senang masuk neraka? Sebab perempuan tidak taat pada Allah dan suami.

Ujar Abang Tesla, keputusannya untuk bernikah dua ini ternyata telah menambahkan perasaan sayang terhadap isteri pertama, Nurmajdina Jamari.

@abg.tesla

Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami

? original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Dia dalam pada itu turut memberi pesanan kepada orang ramai di luar sana agar sentiasa menjaga percakapan kerana perkara itu (poligami) boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Hormatilah dan hargailah isteri, takutlah pada Allah.” katanya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abang tesla kahwin lain
1 year ago

"Kalau Sayang Kenapa Ada Kedua" - Syukur Isteri Jaga Maruah & Reda Berpoligami, 'Influencer' Popular Kahwin Lain Undang Pertikaian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...