Penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan anak jati negeri Pahang mengakui dirinya berasa sedih kerana tidak mampu turun padang untuk membantu mangsa banjir di kampung halamannya yang terletak di Kuala Lipis.
Ini berikutan dirinya yang kini sarat hamil membataskan pergerakan untuk kesana-sini berikutan bimbang dengan keselamatan dan kesihatan bayi di dalam kandungannya.
Siti menjelaskan bahawa dia hanya mampu menghulurkan sumbangan dari jarak jauh untuk mereka yang terkesan dengan bencana itu.
Penyanyi lagu Badarsila itu dilihat telah menzahirkan perasaan kecewanya itu menerusi entri terbaru di Instagram miliknya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tapi keadaan saya tidak mengizinkan. Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana. Moga dipermudahkan buat kita semua.”
Dalam entri itu juga, Siti menjelaskan bahawa bekalan barangan keperluan itu telah dihantar daripada Kuala Lumpur dan mengharapkan agar perjalanan sukarelawan ke Pahang dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Difahamkan, bantuan itu akan diedarkan kepada mangsa banjir sekitar kawasan Lipis, Pahang.
Sekadar info, media tempatan telah melaporkan keadaan banjir di Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak kini bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan di negeri-negeri berkenaan khususnya. Jumlah mangsa turut dilaporkan meningkat dan kebanyakannya sudah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri masing-masing.