Ramai Tak Tahu! Ini 5 Barang Yang Korang Tak Patut Bawa Atas ‘Cabin Flight’ – No. 3 Tu Ramai Selalu Terlupa

Travel

Ramai Tak Tahu! Ini 5 Barang Yang Korang Tak Patut Bawa Atas ‘Cabin Flight’ – No. 3 Tu Ramai Selalu Terlupa

Memandangkan hari raya pun sudah habis, jadinya pasti ramai yang sudah merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga kan? Tapi korang tahu tak, masih ramai yang tak tahu ada beberapa barang ini yang tak boleh dibawa apabila menaiki kapal terbang.

Baru-baru ini, seorang pengguna X telah berkongsikan beberapa barang yang ‘haram’ untuk dibawa oleh penumpang ke atas flight dan antaranya adalah:

Advertisement

1. Tripod

barang larangan atas flight

 

 

 

Mesti ramai tak sangka kan, tapi sekarang semakin banyak syarikat penerbangan dah tak benarkan tripod dibawa masuk ke dalam kabin. Tripod difahamkan berpotensi untuk menjadi barang berbahaya sebab bentuknya serta keras.

Jadinya, sekarang ini kebanyakan syarikat penerbangan telah mewajibkan tripod untuk di check-in bersama beg yang korang bawa.

2. Powerbank

barang larangan atas flight

Hahh rasanya barang yang ini mesti ramai yang masih confuse kan? Tapi peraturan baru kebanyakan syarikat penerbangan ini sebenarnya membenarkan untuk korang bawa powerbank naik ke atas flight, cumanya ‘diharamkan’ untuk guna sepanjang penerbangan.

Kalau bawa magnetic powerbank pula, korang wajib pastikan powerbank tersebut mempunyai casing sebab tak nak secara tiba-tiba connect dengan handphone masa dalam flight kerana ia boleh menimbulkan risiko keselamatan.

3. Ukuran beg melebihi 20 inci

barang larangan atas flight

Rasanya yang ini masih ramai sering terlupa! Semua airline, tidak kira sama ada domestik atau antarabangsa, penumpang tidak dibenarkan untuk membawa beg melebihi 20 inci kalau tak memang kena tahan. Tak ada kompromi ya!

Kalau korang nak elak drama depan boarding gate atau nak jimat masa, pastikan pilih hand-carry 20 inci atau yang lebih kecil. Nak lagi senang, kalau rasa luggage yang korang bawa banyak, baik check-in awal-awal saja.

4. Haiwan

barang larangan atas flight

Korang nak bawa haiwan peliharaan naik atas flight? Boleh je.. Tapi jangan main angkut je tau! Kalau nak bawa juga naik sekali atas flight, korang wajib declare awal dan ikut prosedur khas yang airline sudah tetapkan.

Selalunya, haiwan tersebut perlu diletak dalam pet carrier khas, ada dokumen kesihatan lengkap (contoh: sijil vaksin), dan kadang-kala perlu ada caj tambahan untuk kargo haiwan.

5. Barang liquid melebihi 100ml

barang larangan atas flight

Ni rasanya paling ramai yang tahu, di mana kalau korang bawa sabun, syampu, pencuci muka sendiri, pastikan semuanya tidak melebih 100ml atau barang korang akan dirampas.

Kalau rasa ragu-ragu, better korang simpan semua liquid dalam bekas plastik lutsinar kecil supaya senang ketika scanning. Daripada barang skincare korang yang mahal-mahal tu ke rampas, baik ready awal-awal!

dari malaysia ke china naiki kereta api
24 hours ago

Tak Perlu Naik Flight, Travel Dari Malaysia Ke China Naik Kereta Api Dengan Bajet RM536 Je!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...