Sedia maklum, beberapa hari yang lalu tular video influencer ‘menjual’ muka cantik mereka untuk mendapatkan makanan percuma di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur.
Susulan berbuat demikian, kebanyakkan netizen mengecam kedua-dua gadis terbabit, hingga ada berkata maruah mereka terlalu rendah kerana berbuat demikian.
Sedar diri dikecam teruk, salah seorang gadis di dalam video berkenaa tampil memberi penjelasan bahawa video tersebut di lakukan untuk promote restoran berkenaan dan diri mereka dibayar untuk melakukannya.
Dalam pada itu, dia turut berkata sebelum ini ada saja dia melakukan konten seakan-akan sama tetapi tidak pula dikecam teruk oleh netizen.
Gadis yang mengakui dirinya sebagai pembuat konten itu tidak menyangka banyak netizen tidak dapat membezakan konten media sosial dan realiti.
Meninjau di ruangan komen ciapan yang dilakukan, rata-rata netizen menasihati gadis berkenaan untuk meletakkan label bahawa kontennya berbayar serta tidak terlalu menghiraukan kecaman yang diterima sejak beberapa hari lalu.