Ramai Tak Puas Hati Identiti Lima Tertuduh Kes Zara Qairina Dirahsiakan, Peguam Ini Terangkan Sebabnya…

Trending

Ramai Tak Puas Hati Identiti Lima Tertuduh Kes Zara Qairina Dirahsiakan, Peguam Ini Terangkan Sebabnya…

Dalam dunia yang mempunyai akses tentang maklumat serta pengetahuan, orang ramai akan lebih mudah untuk membuat carian di internet dan media sosial.

Mereka yang mempunyai pengetahuan atau pakar dalam sesuatu bidang juga mengambil peluang untuk mengajar serta memberi ilmu menerusi media sosial.

Advertisement

Kenapa identiti tertuduh kes dirahsiakan?

Seperti peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman yang sering membuat konten tentang hal mahkamah dan undang-undang termasuklah kes yang meraih perhatian satu negara baru-baru ini.

Wan Nurliyana berkongsi hantaran di Instagram dan menerangkan tentang persoalan ramai mengenai identiti lima pelajar yang didakwa membuli Allahyarham Zara Qairina, dilindungi daripada orang awam.

Tulisnya, berdasarkan undang-undang nama tertuduh yang didakwa di mahkamah hanya boleh disebarkan kepada awam apabila mereka sudah berusia 18 tahun.

Maknanya, mereka bukan lagi kanak-kanak. Contoh, masa dia didakwa umur 16 tahum. Jadi identiti dia dirahsiakan. Naik turun mahkamah 2 tahun, umur dia dah 18 tahun. Jadi bukan lagi kanak-kanak, nama diorang dikeluarkan la kat dalam media.

ruangan mahkamah kanak-kanak kes zara qairina

Kata peguam aktres Anna Jobling itu lagi, sekiranya terdapat berita yang memaparkan nama tertuduh yang masih berstatus kanak-kanak, itu bukanlah bermakna undang-undang dinyatakan tidak diguna pakai.

Katakan lah, ada juga nama yang terkeluar semasa masih kanak-kanak, itu bukan sebab undang-undang tak digunakan tetapi sebab yang keluarkan nama-nama itu tidak mengikut etika kewartawanan dan tidak ikut undang-undang.

IG story peguam

Sebelum ini, ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang mempersoalkan tentang tindakan merahsiakan dan melindungi nama serta wajah lima pelajar yang didakwa di mahkamah berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina.

Malah, sesetengah individu tidak berpuas hati dengan tindakan itu dan membuat dakwaan dengan mengaitkan status salah seorang tertuduh sebagai anak orang ternama atau VIP.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dato ahmad zahari
2025-08-22 10:52:59

Peguam Dedah Sebab Datuk Ram Singh Wakili Tertuduh Kes Zara Qairina - "Bukan Tak Nak Tolong Tapi..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...