Ramai Tak Perasan 14 Selebriti Ini Punya Wajah Yang Seiras!

Hiburan

Ramai Tak Perasan 14 Selebriti Ini Punya Wajah Yang Seiras!

Rasanya kalau korang memang seseorang yang mengikuti perkembangan semasa industri seni tanah air, pasti korang perasan ada beberapa selebriti di Malaysia mempunyai rupa ataupun wajah seakan-akan sama.

Malah, wajah yang mirip itu membuatkan ramai tertanya sama ada mereka mempunyai pertalian darah ataupun tidak.

Advertisement

Jadi, hari ini kami akan kongsikan dekat korang antara selebriti-selebriti yang mempunyai wajah yang seiras seperti KEMBAR!

1. June Lojong dan Nadiya Nissa

wajah selebriti mirip

Pelakon yang cukup popular dengan wataknya di dalam filem Redha iaitu June Lojong dan pelakon, Nadiya Nissa boleh di katakan kalau sekali pandang sememangnya mempunyai wajah yang seiras. Malah, ramai juga yang sangka mereka merupakan adik-beradik, sedangkan tiada pertalian darah.

2. Scha Al-Yahya dan Noor Hayati Kamarulzaman

wajah selebriti mirip

Pada mulanya, ramai yang terkejut kakak kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mempunyai wajah yang sangat jelita. Bukan hanya kelihatan ayu seperti ibunya, Yatie juga dikatakan mempunyai wajah seperti Scha Al-Yahya. Lagi-lagi apabila melihat mata serta hidung mereka yang seakan-akan sama.

3. Ruhainies dan Nora Danish

wajah selebriti mirip

Pada awal kerjaya Ruhainies dalam bidang lakonan, ramai yang mengelarnya dengan gelaran ‘Puteri’ iaitu watak pelakon jelita, Nora Danish sekitar tahun 2005. Ramai yang berpendapat suara serta fizikalnya hampir sama dengan Nora Danish dan difahamkan, Ruhainies sudah lali apabila disamakan dengan pelakon terbabit.

4. Azrel Ismail dan Remy Ishak

wajah selebriti mirip

Mempunyai wajah yang kacak serta maskulin membuatkan nama Azrel Ismail melonjak naik biarpun merupakan pendatang baru dalam industri seni. Bukan itu saja, orang ramai turut berkata wajahnya sama seperti pelakon lelaki pujaan ramai, Remy Ishak dan Azrel sama sekali tidak kisah dengan perkara itu serta anggap ianya satu bonus.

5. Rafidah Ibrahim dan Datuk Siti Nurhaliza

wajah selebriti mirip

Pelakon jelita Rafidah Ibrahim ataupun mesra dikenali sebagai Feeda memang mempunyai rupa paras seakan-akan sama seperti penyanyi tersohor, TokTi. Biarpun berkali-kali pandang pun wajah mereka tetap kelihatan sama, lagi-lagi bila kedua-duanya senyum.

6. Allahyarham Sudirman dan Que Haidar

wajah selebriti mirip

Kalau diperhatikan dengan sangat teliti, kedua-dua selebriti tampan serta berbakat ini mempunyai raut wajah yang sama dari segi senyuman, mata serta bentuk muka. Boleh dicopkan macam ‘kembar’ jugalah mereka ini.

7. Wawa Zainal dan Ayda Jebat

wajah selebriti mirip

Ayda Jebat serta Wawa Zainal ini jika sekali pandang seperti adik-beradik pun ada! Dah lah comel, malah cantik juga apabila mengukirkan senyuman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

selebriti bergelar haji dan hajah usia muda
2 years ago

Siapa Sangka 10 Selebriti Ini Dah Bergelar Haji & Hajah Di Usia Muda!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...