Melalui platform TikTok, tular podcast pempengaruh dikenali ramai iaitu Muhammad Noor atau lebih dikenali sebagai Madnor mengenai topik Mertua vs Mentua.
Dalam sesi podcast tersebut, Madnor telah meminta pendapat daripada pempengaruh yang dikenali sebagai Kak Tam susulan dia merupakan seorang wanita yang sudah banyak pengalaman.
Siapa punca hubungan selalu jadi ‘panas’?
Madnor bertanya adakah hubungan antara menantu perempuan dan mertua selalu ‘panas’ hanyalah sekadar rekaan saja atau benar-benar terjadi.
Menjawab pertanyaan itu, Kak Tam berkata hal tersebut memang berlaku dan punca ianya berlaku kerana disebabkan sikap mertua.
Itu realiti. Pertamanya sebab benda ni puncanya daripada mertua minta maaf cakap. Mertua punca mula tu.
Kata Kak Tam, cara ibu mertua memandang menantu sahaja boleh menjadi punca utama hubungan ‘panas’ itu berlaku.
Jadi apabila mertua memandang dan menjeling, itu permulaannya. Kemudian, percakapan dan layanan. Sebenarnya tak nak layanan tip top macam layanan first class. Cuma kita nak diterima seadanya.
Netizen setuju, kongsi pengalaman perit
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pempengaruh itu dan kebanyakan kaum isteri turut berkongsikan pengalaman ‘perit’ yang perlu dihadapi oleh mereka sebagai seorang menantu.