Di saat konflik Israel-Palestin sedang meledak ketika ini, ramai selebriti tanah air kita mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruh mereka untuk berkongsi tentang itu di media sosial.
Perkara tersebut mengundang kritikan masyarakat malah pempengaruh Imran Bard turut memerli artis Malaysia kerana takut karier mereka musnah.
Kepada artis Malaysia, kamu bukan ‘white girl’. Berkongsi sesuatu tentang Palestin tidak memusnahkan karier kamu. Kau tu Melayu, wake up!!
Bagaimanapun, individu yang mempunyai ramai pengikut di Instagram dan sering menerima kecaman, Ameera Khan kali ini dipuji ramai kerana berani menyatakan sokongannya terhadap Palestin secara terang-terangan.
Jika dilihat di laman sosial adik Neelofa itu, dia aktif berkongsikan petikan video yang berlaku di Palestin menerusi Instagram story dan juga posting.
Ia membuatkan warganet memuji tindakan Ameera Khan kerana berani berbuat sedemikian di saat ramai selebriti lain hanya diam membisu.
View this post on Instagram
Isu Israel-Palestin ini begitu sensitif dalam kalangan selebriti terutamanya di luar negara di mana tak ramai selebriti Hollywood yang berani bersuara dan memberitahu mereka menyokong Palestin.
Ia kerana kebanyakan jenama-jenama besar antarabangsa menyokong Israel dan mungkin tidak akan mengambil mana-mana selebriti yang menyokong Palestin untuk bekerjasama.
Jadi, mungkin disebabkan itu jugalah ramai selebriti tanah air turut berasa terancam dan takut kehilangan ‘offer’ daripada jenama besar jika mereka menunjukkan sokongan terhadap Palestin.