Pelakon Farid Kamil khabarnya sedang menyertai hijrah tabligh dan aktif menghadiri kelas agama seperti yang ditunjukkan aktor itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, Farid dilihat berkongsi cara-cara memakai serban dengan betul sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata netizen memuji Farid yang berusaha untuk menjadi lebih baik apatah lagi dia kini sudah sah bercerai secara rasmi dengan Diana Danielle pada petang Khamis..
Dia dalam pada itu sempat mengucapkan terima kasih kepada peminat dan seakan-akan reda dengan ketentuan Ilahi.
Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan hampa semua bahagia dunia akhirat.
Kita boleh rancang, kita boleh usaha. Ketetapan tetap pada yang punya kuasa.
Kata netizen, penghijrahan Farid adalah jalan terbaik untuk dirinya selepas terlerai ikatan perkahwinan yang dibina selama 11 tahun.
Terdahulu, Farid dan Diana telah sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Zoom apabila aktor itu tidak dapat hadir ke mahkamah pada petang tadi.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad,10 dan Aurora yang kini berusia 7 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.