Ramai Sangka Dianiaya & Dibunuh Rakan Terdekat, Polis Thailand Sahkan Tangmo Mati Akibat Lemas

Dunia

Ramai Sangka Dianiaya & Dibunuh Rakan Terdekat, Polis Thailand Sahkan Tangmo Mati Akibat Lemas

Sedia maklum, berita kematian selebriti Thailand iaitu Tangmo Nida sememangnya menjadi bualan satu dunia dan pelbagai spekulasi yang telah timbul sepanjang proses penyiasatan berlangsung.

Terbaharu, setelah berbulan-bulan sesi penyiasatan dilakukan, pihak polis Thailand akhirnya membuat keputusan bahawa aktres jelita berumur 37 tahun itu meninggal dunia akibat lemas dan tiada unsur pembunuhan.

Advertisement

Dalam pada itu, pihak polis turut mendakwa lima rakannya yang ada di atas bot bersama seorang lelaki dipercayai sebagai penasihat mereka yang didakwa atas pelbagai kesalahan termasuk cuai, telah berbohong dan sembunyikan bukti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @melonp.official

Menurut Ketua Polis iaitu Jeneral Jiraphat Phumphicit, beliau menolak sebarang unsur yang berkaitan dengan pembunuhan tentang kes Tangmo ini.

Tambahan lagi, mereka turut berpendapat kematian Tangmo ini berlaku atas kecuaian seseorang, namun masih belum dapat mengenali suspek yang seharusnya disalahkan.

Tangmo tidak jatuh dalam sungai dengan kecuaian sendiri, tetapi ada seseorang yang menyebabkan kematiannya.

Sekadar info, pada tanggal 24 Februari lalu, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong telah dilaporkan terjatuh dari bot yang dinaiki lalu lemas di Sungai Chao Phraya yang berhampiran dengan wilayah Nonthaburi di utara Bangkok dan ketika itu, beliau ada bersama-sama lima suspek yang lain.

2 years ago

Timbul Spekulasi Baru, Tangmo Nida Dipaksa Lakukan S*ks Dengan Lelaki VVIP Sebelum Dicekik & Jatuh Bot?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...