Ramai Sangka Buruk Bila “Left Group” Whatsapp, Ini Jawapan Pada Mereka Yang Fikir Macam Itu

Trending

Ramai Sangka Buruk Bila “Left Group” Whatsapp, Ini Jawapan Pada Mereka Yang Fikir Macam Itu

uai
Apakah hukum meninggalkan (left) grup Whatsapp? Jika anda bertanyakan soalan ini kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini jawapannya.
Bila kita ‘left group’ bukan kita putus silaturahim…putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara ‘left group’ bukan sampai tahap begitu,

UAI memberi penjelasan tersebut ketika ditanya mengenai hukum seseorang yang bertindak meninggalkan grup Whatsapp.

Advertisement

UAI juga berkata, jika seseorang berniat untuk meninggalkan grup Whatsapp, mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang andaian negatif.

‘Left group’ ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa grup itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak grup.

Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya… Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh ‘left group’ tiada masalah,” katanya lagi sebagaimana lapor Sinar Online.

UAI berkata sedemikian ketika menjadi panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook  di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.

Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar pengguna media sosial menggunakan platform teknologi itu,  untuk menyebarkan dakwah dan perkara-perkara yang baik melaluinya.

Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti ‘bagaimana untuk memasak dengan baik’ juga boleh dikongsi di media sosial,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...