Ramai Sangka 5.1 Peratus, Ini Cara Yang Betul Untuk Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2022

Berita

Ramai Sangka 5.1 Peratus, Ini Cara Yang Betul Untuk Kira Dividen & Bonus ASB Tahun 2022

Setiap tahun pasti ramai pelabur yang ternanti-nantikan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan dividen serta bonus dalam Amanah Saham Berhad (ASB).

Semalam, ASNB telah membuat pengumuman tentang dividen bagi tahun 2022 dan apa yang lebih menarik, mereka turut mengumumkan bonus tambahan buat para pelabur.

Advertisement

Dividen ASB bagi tahun 2022 diumumkan sebanyak 3.35 sen seunit dan ditambah juga dengan bonus sebanyak 1.25 sen seunit manakala bonus tambahan pula 0.50 sen seunit.

Pengumuman itu sekaligus membuatkan sesetengah individu membuat andaian bahawa dividen ASB bagi tahun ini adalah 5.1 sen seunit atau 5.1 peratus.

Namun, sebenarnya bonus tambahan yang diumumkan hanyalah diberikan buat 30,000 unit pertama sahaja. Sementara pemilikan unit melebihi 30,000 pula tidak akan diberikan bonus tambahan.

Merujuk kepada perkara itu, berikut adalah contoh pengiraan dividen ASB 2022 dan contoh kiraan perbezaan pendapatan dividen buat jumlah pemilikan pelabur yang berbeza.

Menurut portal ini, cara pengiraan pengagihan pendapat unit amanah di laman ASNB sedikit berbeza buat mereka yang mengeluarkan modal pegangan ASB sepanjang 12 bulan terakhir.

Sebagai contoh, jika ada telah mengeluarkan wang sebanyak RM30,000 selama empat bulan daripada RM100,000 pegangan unit amanah sebelum memasukkan wang itu semula, jadi jumlah baki minimum pada bulan berkenaan iaitu sebanyak RM70,000 akan diambil kira bagi empat bulan tersebut.

Perkongsian ini disediakan oleh pihak VOCKET dan diharap ia memudahkan anda semua untuk membuat pengiraan bagi dividen dan bonus ASB 2022.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wak Doyok
3 years ago

Wak Doyok Kini Jadi Duta Syarikat Pelaburan, Netizen Persoal Status Hukum Main 'Trading Forex'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : VOCKET

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...