“Ramai Sanggup Ambil Risiko” – Ejen Dedah Permintaan Nikah Di Siam Meningkat Dua Kali Ganda

Kehidupan

“Ramai Sanggup Ambil Risiko” – Ejen Dedah Permintaan Nikah Di Siam Meningkat Dua Kali Ganda

Seorang ejen nikah sempadan yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal mendedahkan bahawa permintaan pasangan Malaysia untuk mengadakan pernikahan di Thailand meningkat dua kali ganda pada tahun lalu.

Difahamkan, peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun disebabkan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

Menurut Kamal, jika sebelum ini mereka menerima 15 hingga 20 pasangan sebulan yang mahu menggunakan perkhidmatan, namun jumlah itu melonjak kepada 30 ke 40 pasangan.

Gambar Hiasan

Disebabkan dua tahun sempadan tidak dibuka, jadi banyak urusan pasangan yang mahu melangsungkan pernikahan di selatan Thailand tertangguh. Ini antara faktor peningkatan berlaku secara mendadak.

Menerusi laporan Sinar Harian, pihak ejen sehingga terpaksa mengehadkan pasangan untuk dibawa ke sempadan bagi memudahkan proses urusan agar berjalan lancar.

Setakat ini, Songkhla, Narathiwat, Yala, Pattani, Satun dan Bangkok antara lokasi yang diiktiraf dan diterima oleh kedua-dua negara bagi urusan pernikahan sempadan.

Bukan itu sahaja, Kamal turut mengakui kebanyakan pasangan di negara ini sanggup mengambil risiko untuk bernikah di sempadan kerana proses pendaftarannya lebih mudah terutama bagi urusan berpoligami.

Gambar Hiasan

Mereka sanggup keluarkan perbelanjaan mengikut pakej yang ditawarkan antara RM2,000 ke RM5,000 untuk kumpulan biasa serta serendah RM10,000 bagi golongan kenamaan asalkan segala urusan lancar.

Jelasnya lagi, bayaran itu termasuklah bagi urusan keluar masuk sempadan, urusan nikah, bayaran imam dan jurunikah bertauliah serta segala dokumen berkaitan nikah.

Paling kerap adalah di Songkhla kerana kedudukannya dekat dengan konsulat dan memudahkan pasangan mendapatkan pengesahan pernikahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah
1 year ago

"Puteri Sarah Masih Isteri Saya" - Syamsul Yusof Sahkan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...