Ramai Salah Tanggapan Terhadap Hospital Kerajaan, Ingat Semuanya Percuma-Dr Diyana

Trending

Ramai Salah Tanggapan Terhadap Hospital Kerajaan, Ingat Semuanya Percuma-Dr Diyana

Bagi rakyat marhaen dan kurang berkemampuan, pastinya hospital kerajaan menjadi pilihan kerana ia murah.

doktor

Advertisement

Hanya dengan bayaran pendaftaran bermula sebanyak RM1.00 dan RM5.00 mengikut keadaan tertentu, ramai antara mereka mendapatkan rawatan di sini.

Namun tahukah anda, tanggapan bahawa semua rawatan di hospital kerajaan adalah percuma dan murah adalah salah. Perkara ini mungkin masih ramai yang tidak tahu.

Justeru, seorang pengguna Facebook yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Diyana mendedahkan perkara itu.

Menurutnya, sebagai doktor, mereka bukan sahaja merawat pesakit, tetapi juga mengambil tahu mengenai sejarah sosial pesakit.

Katanya lagi, segalanya bermula apabila seorang pesakit yang dirujuk kepada pasukan ICU.

“Pada mulanya ‘treat as GBS’. Tetapi keputusan MRI menunjukkan saraf tunjang pesakit ditekan dan sempit. Satu-satunya rawatan adalah pembedahan tulang belakang.

“Selepas perjumpaan dengan ahli keluarga, sebut harga diberi kepada keluarga dan jumlah kos untuk pembedahan ialah 18K. Ya, RM18, 000.

“Kenapa kena bayar? Bukan masuk hospital kerajaan hanya bayar RM5?

“Khidmat doktor sahaja percuma. Kos pembedahan dan alatan (implant) perlu dibayar oleh pesakit. Bukan semuanya percuma di hospital kerajaan,” tulisnya.

doktor

Justeru, Dr Diyana menyarankan agar masyarakat Malaysia merancang kewangan sama ada menabung daripada kecil atau mengambil apa-apa plan kesihatan. Sekiranya sakit, masing-masing tidak perlu risau tentang kos.

Sumber Berita: Facebook Dr Diyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...