Ramai Rakyat Malaysia Menetap Secara Tidak Sah Di Australia

Trending

Ramai Rakyat Malaysia Menetap Secara Tidak Sah Di Australia

Fakta #1 – Rakyat Malaysia paling ramai yang menyalahgunakan Visa apabila pergi ke Australia.

Sehingga sekarang, terdapat 62,000 orang yang tinggal di luar negara dengan visa mereka dan tinggal secara haram di Australia, dengan rakyat Malaysia menyumbang jumlah yang terbesar.

Advertisement

Sumber: Experience Sydney

Menurut Kementerian Dalam Negeri Australia, antara 2016 dan 2017 sahaja, 10,000 rakyat Malaysia telah tinggal lebih dari tarikh visa yang ditetapkan, diikuti oleh kira-kira 6,500 orang dari China dan 5,000 dari Amerika Syarikat.

Sebelum ini, jumlah ini dikuasi oleh oleh backpacker dari British tapi kini, rakyat Malaysia berjaya mengambil alih jumlah itu.

Sepanjang tahun tersebut, 15,885 orang telah ‘dihalau’ atau diletakkan di bawah penahanan  kerana melepasi tarikh akhir visa mereka. Lebih banyak orang sering menghadapi deportasi, penahanan, dan larangan daripada memasuki Australia semula untuk tempoh minimum tiga tahun.

Pihak berkuasa, Jabatan Imigresen Australia berkata lebih daripada dua pertiga daripada jumlah itu datang ke Australia dalam visa sah tetapi terus tinggal lebih dari dua tahun walaupun visa mereka telah tamat tempoh.

Dilaporkan bahawa 20,000 daripada jumlah itu dipercayai telah bekerja. Lebih dari 70% berada di sana menggunakan visa pelawat yang telah tamat tempoh, sementara 15% menggunakan visa pelajar, dan kira-kira 3% menggunakan work and holiday visa. Dan jumlah pelancong yang tinggal lebih tempoh visa meningkat sebanyak 6% berbanding lima tahun lalu.

Sumber: SBS News

Dalam temu bual dengan portal berita Australia SBS News, seorang warga Malaysia berusia 28 tahun mendedahkan sebab mengapa mereka mahu kekal di negara tersebut tanpa visa yang sah.

Ramesh (bukan nama sebenar), memberitahu portal berita tersebut bahawa dia sukar untuk keluar dari rumah kecuali untuk pergi bekerja dan sentiasa hidup dalam ketakutan terutamanya apabila berada berdekatan dengan pihak polis.

” Saya berasa gementar, takut, dan trauma..”

Sumber: SBS News

Dia datang ke Australia menggunakan visa pelancong selama tiga bulan pada tahun lepas. Seorang rakan berjanji yang dia akan menawarkan visa kerja yang bernilai AUD 2,000 (RM6,077). Malangnya tidak berhasil.

Semasa tempoh tiga bulan itu hampir tamat, dia cuba menyambung tempoh visa tetapi tidak berjaya. Dia memutuskan untuk tinggal di Australia secara ‘haram’. Walaubagaimanapun, Ramesh bercadang untuk pulang ke Malaysia selepas menyelesaikan segala hutangnya.

Dia telah tinggal di sana selama setahun dan dia bekeja dengan melakukan perincian kereta sepanjang minggu serta mendapat bayaran tunai. Malah bosnya tidak tau yang dia menetap secara haram di sana.

Sebelum meninggalkan negara tersebut, Ramesh pernah berhasrat untuk menyerah diri di kedutaan Malaysia, lebih baik daripada dia ditangkap di lapangan terbang. Setelah belajar dari kesilapan, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak mengikut jejak langkahnya.

Sumber: SAYS

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...