Pasti ramai pelajar universiti mempunyai pengalaman dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Namun, ada kalanya terdapat beberapa halangan yang perlu dihadapi oleh pelajar dalam menyiapkan tugasan.
Seorang pensyarah di univerisiti tempatan berkongsi satu momen apabila pelajarnya terpaksa menghantar tugasannya lewat malam. Momen itu dikongsi menerusi akaun Twitter melalui perbualan Whtasapp bersama pelajarnya.
Menerusi posting berkenaan, pelajar berkenaan tidak dapat menghantar tugasan yang diberikan berikutan jaringan internet yang kurang memuaskan. Dia memaklumkan kepada pensyarahnya bahawa dia terlupa tarikh untuk menghantar tugasannya dan meminta supaya tugasannya itu diterima walaupun terlambat.
Walaupun sudah lewat malam, pensyarah tersebut memahami tentang keadaan pelajar berkenaan dan berinisiatif untuk menerima tugasan pelajar berkenaan.
Dia memaklumkan sudah menjadi tanggungjawabnya dan juga sempat berpesan kepada pelajar berkenaan untuk tidur dan rehat secukupnya.
Posting itu mendapat hampir 5,000 retweet dan rata-rata warganet khususnya dalam kalangan pelajar universiti memuji tindakan pensyarah berkenaan.