Ramai Pertikai Zamani Ke Final GV5, Ini Penjelasan Datuk Ramli MS

Hiburan

Ramai Pertikai Zamani Ke Final GV5, Ini Penjelasan Datuk Ramli MS

Kemaraan penyanyi Zamani ke final Gegar Vaganza 5 nyata mengejutkan ramai pihak kerana beliau pada persembahan pertama gagal untuk menyanyikan lagu Dekat Padamu dengan baik dan turut terlupa lirik.

Advertisement

Ramai netizen yang mempertikaikan bagaimana beliau masih layak untuk beraksi di pentas akhir? Adakah ia satu strategi yang dirancang oleh pihak penerbit? Menjawab segala persoalan, juri tetap Datuk Ramli Ms memberikan alasan kukuh disebalik keputusannya itu.

Ramli akui beliau memberikan markah yang rendah untuk persembahan pertama Zamani tetapi persembahan kedua penyanyi itu yang membawakn lagu Di Matamu sangat baik dan telah menyelamatkan dan melayakkan beliau ke peringkat akhir GV5.

Perlu difahami bahawa penilaian markah malam ini adalah berdasarkan dua persembahan. Memang saya potong banyak markah Zamani kerana lupa lirik dan beberapa masalah lain di persembahan yang pertama. Dia hilang 65 markah daripada saya.

Namun, dia bangkit menerusi persembahan kedua dan saya akui telah memberinya markah yang banyak. Saya berikan markah yang tinggi, dua juri lain juga tinggi. Selepas markah ketiga-tiga juri dicampur, Zamani berjaya melangkah ke final dan berada di kedudukan kelima.

Ada yang tonton GV5 semalam? Apa pula pandangan anda mengenai persembahan Zamani. Pada kami memang sudah tertulis rezeki beliau untuk ke final dan harapnya beliau tidak mensia-siakan peluang ini dan melakukan yang terbaik nanti.

Sumber Berita & Kredit Foto: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

87 Comments

  1. Leez

    November 13, 2018 at 1:58 pm

    saye dari brunei adaler peminat dan penyokong zamani…sekiranya zamani tersingkir saye tak nak tengok GV sebab zamani ler penyeri GV, takde zamani tak lah beseri gegar vaganza 2018…target saye zamani ler juara GV 2018..

  2. ketiak masam berpeluh

    November 13, 2018 at 11:18 am

    gegar vaganza dah masuk final ke?? siapa juara weh?? zamani ke?

  3. Anonymous

    November 13, 2018 at 10:55 am

    ade ak kisah korang komen apa..janji zamani masuk final…weekkkk!!!

    • ghadisk

      November 14, 2018 at 8:20 am

      dia mcm taik lembu la..ko dh suke sgt taik lembu tu org kate busuk ko ttp kate wangi..hahahhaha!!

  4. rowena

    November 12, 2018 at 10:44 pm

    dah final ke? hehe

  5. Alia

    November 12, 2018 at 10:25 pm

    Org bodoh muzik pun blh nampak.zamani tu ke laut….kalau kerana point utk lagu ke 2 pun tak best sngt pun….hetty still bagus …apa ni jgn la pilih kasih…nk kekalkan zamani sbb sokongan ramai….bodoh sngt….DIAFADILA saja yg aku nampak ok …mantap and norin …final pls ambik juri yg betul tau muzik : dato mohzani or wah idris

Loading...