Semalam, Akademi Fantasia 2015 telah melabuhkan tirainya selepas 10 minggu bersiaran dan menyaksikan pelajar kelahiran Singapura Sufi dinobatkan sebagai juara tahun ini.
Namun, disebalik keputusan tersebut ramai yang terkejut dan merasa tidak puas hati kerana satu-satunya  peserta tunggal wanita iaitu Bila tidak menjuarai AF2015.
Menampilkan persembahan yang konsisten setiap minggu dan lebih memukaukan semalam pada konsert akhir, penonton menyifatkan Bila sebagai seorang yang cukup layak untuk mengungguli tempat pertama.
Tidak mengapalah, pada kami mungkin kali ini bukan rezeki Bila untuk menang tetapi anda pun tahu beliau mempunyai bakat yang besar dan seperti kata Datuk Ramli MS semalam tidak mustahil satu hari nanti Bila akan menjadi seorang penyanyi yang hebat.
Tiada guna juga kita rasa kurang  puas hati sedangkan penonton juga tidak menyokong Bila kan? dan kami pasti 100% pengundi hanya nilaikan paras rupa sahaja. Apa-apa pun tahniah sekali lagi kepada semua finalis.