“Ramai Pengunjung Tanya Kenapa Kedai Tutup” – Amir Raja Lawak Dakwa Disihir, Jumpa Syiling Berterabur Di Ruang Kedai

Hiburan

“Ramai Pengunjung Tanya Kenapa Kedai Tutup” – Amir Raja Lawak Dakwa Disihir, Jumpa Syiling Berterabur Di Ruang Kedai

Para peniaga sering mengalami situasi di mana mereka menemui beberapa keping duit syiling di sekitar ruang niaga, yang dikaitkan dengan amalan sihir kedai.

Situasi tersebut turut dialami oleh pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak, 36, sejak lebih sebulan lalu apabila dia mendapati syiling berselerakan di beberapa bahagian kedainya di Medan Usahawan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Advertisement

amir raja lawak

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi berkata, pada mulanya dia tidak terlalu memikirkan mengenai penemuan syiling tersebut dan menganggapnya sekadar duit yang mungkin terjatuh daripada pelanggan.

Tapi, saya ada jumpa lagi di tempat berbeza dan kebiasaannya perkara ini selalunya berkaitan dengan sihir. Tapi, saya masih lagi ‘husnudzon’ dan anggap tiada apa-apa berlaku.

 

Hari demi hari perjalanan operasi kedai agak terganggu dan ramai pengunjung tanya kenapa kedai ditutup, sedangkan setiap hari premis beroperasi seawal jam 11 pagi.

amir raja lawak

Itu yang menjadi kemusykilan dan lama kelamaan saya akui ia ada kaitan dengan sihir. Menerusi perkongsian dalam TikTok, ramai juga memberi pendapat sama.

Amir turut berkata, kejadian itu memberi impak kepada para pekerjanya yang didapati sering sakit kepala dan sakit badan, berkemungkinan kerana menyentuh syiling berkenaan.

Menurutnya, dia telah mendapatkan pandangan daripada ustaz dan pengamal perubatan Islam, namun masih belum berkesempatan untuk bertemu secara langsung bagi mencari ikhtiar dalam memulihkan keadaan seperti sediakala.

@amirrajalawak3 Siapa ada kedai, dan selalu jumpa syiling dekat kedai? Ape solutions anda buat? #Fyp #FypMalaysia #FoodFestival #FoodFest #HavocFestival #KotaBharu #Kelantan #AmirRajaLawak ♬ original sound – Amir I’m Sorry

amir raja lawak sedia terima job berlakon
4 weeks ago

“Kalau Ada Watak Sedih-Sedih Macam Kena B*li Ke, Memang Saya Minat...” - Amir Raja Lawak Sedia Terima ‘Job’ Berlakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...