Pelakon dan juga pensohor media sosial, Azah Aziz memang dikenali dengan wajahnya yang awet muda meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun.
Azah yang sering memuatnaik aktiviti hariannya di media sosial selalu dilihat positif dan mengamalkan menawan sentiasa.
Menurut Gempak, Azah mengamalkan beberapa tips dan panduan bagi menjaga penampilannya setiap hari.
1.Makan makanan sihat
Azah sering berkongsi mengenai menu hariannya di Instagram.
Dia juga selalu memuat naik tips makanan serta tips menurunkan berat badan melalui pemakanan.
2. Aktiviti fizikal seperti larian
Azah juga gemar berkongsi aktiviti fizikal yang digemarinya iaitu berlari dan berjoging.
Patut lah badan cantik sentiasa!
3. Makan nasi dua sudu
Tips ini ada dikongsi Azah di Instagram miliknya tidak lama dahulu.
Katanya, dia berjaya menurunkan berat badan dari 63 kg kepada 48 kg dengan melakukan aktiviti mendaki bukit dan juga makan nasi hanya dua sudu pada setiap hari.
Bukan mudah nak jadi cantik dan kurus, tapi di mana ada usaha di situ ada kejayaan!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.