Program hiburan MeleTOP cukup sinonim dengan diri Neelofa. Ramai yang kecewa apabila dia mengundurkan daripada rancangan tersebut berkuatkuasa pada Januari 2020 selepas lapan tahun menjadi pengacara.
Neelofa sedar masih ramai lagi yang belum ‘move on’ dan merindui kehadirannya dalam MeleTop. Malah, keserasiannya dengan Nabil Ahmad memang sukar untuk dicari dan mereka mempunyai tarikan tersendiri yang memikat hati penonton.
Insyaallah, penonton secara perlahan-lahan akan boleh menerima pengganti saya. Saya ada atau tiada, rancangan masih akan meletup.
Tapi, saya akui chemistry antara saya dan Nabil mungkin susah wujud dengan orang lain. Ini kerana, masing-masing ada karakter tersendiri.
Sekarang, Neelofa sedang fokus untuk mengembangkan kerjaya di Indonesia dan bakal terbang ke sana tidak lama lagi untuk memulakan perbincangan beberapa projek.
Difahamkan, hos di MeleTOP akan berganti setiap minggu sehingga mereka dapat mencari calon yang sesuai untuk menggantikan tempat Neelofa.

Anonymous
January 14, 2020 at 9:49 am
Perasannyaaa ko
Anonymous
January 13, 2020 at 10:43 am
tak rindu pon..aku lagi suka tengok meletop pasni hahahaha
dah move on
January 10, 2020 at 10:05 pm
Best erra lg dr neelofa jd pengacara
Muhammad HaSif
January 10, 2020 at 11:46 am
Abaikan je si luncai ni..keserasian pebenda kalo asyik potong org nk ckp..lpas tu x buat homework..ko tgok erra fazira buat cmne, baru 1 minggu da mantop..buat perangai cmni lg kt indon mmg kne kecam la ko..silap2 gila meroyan kt medsos nanti