Melalui laman TikTok, tular video memaparkan pempengaruh dikenali ramai, Aisyah Hijanah memberi tips kepada peminatnya mengenai ciri-ciri yang perlu ada jika mahu mencari suami.
Difahamkan, seorang individu itu bertanya tips kepada Aisyah susulan kawannya bakal berkahwin tidak lama lagi.
Ramai orang yang tahu agama. Tapi tak faham..
Kata Aisyah, wanita yang mahu berkahwin perlu mencari lelaki yang memahami dan pratikkan agama, matang serta mampu membimbing.
Dalam pada masa yang sama, pempengaruh itu berkata hal yang paling besar dipelajari olehnya adalah semua sekadar pinjaman Allah SWT.