“Ramai ‘Offer’ Nak Tumpangkan Rumah” – Datuk Red Kini Tinggal Dalam Kereta

Hiburan

“Ramai ‘Offer’ Nak Tumpangkan Rumah” – Datuk Red Kini Tinggal Dalam Kereta

Usahawan dan bekas suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan dia kini tinggal di dalam kereta.

Ujar Datuk Red, dia juga terpaksa menolak pelawaan segelintir orang yang menawarkan tempat tinggal buat dirinya pada ketika ini.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia masih mampu menyewa rumah atau bilik namun memilih untuk tinggal di dalam kereta kerana ingin membiasakan diri.

Ramai yang mesej saya nak tumpangkan dan beri tempat tinggal tapi saya terpaksa tolak. Terima kasih banyak-banyak. Bukan tak mahu tetapi malas nak susahkan orang.

Alhamdulillah saya berkemampuan untuk sewa rumah atau bilik cuma nak biasakan dan mengajar diri untuk selesa tinggal di dalam kereta.

Dia yang kini sudah bercerai dengan kedua-dua isterinya itu juga meminta orang ramai untuk tidak berasa simpati dengan kehidupannya kini.

Tiada masalah dan saya selesa tinggal dalam kereta. Alhamdullilah masih diberi kesihatan yang baik.

Saya selesa begini, jangan risau dan tak usah risaukan saya. Terima kasih semua.

Terdahulu, Datuk Red sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Sahrifah Norshafila Hashim pada 14 Mei lalu.

Manakala pada bulan April, dia juga telah menceraikan isteri keduanya, Adira Suhaimi dengan talak satu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yuna
7 months ago

Yuna Dilabel Tidak Waras Setelah 'Reject' Untuk Bekerjasama Dengan Jenama Antarabangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...