Ramai Netizen Minta Maaf Lepas Isteri Buat Laporan Polis – Sufi Rashid

Hiburan

Ramai Netizen Minta Maaf Lepas Isteri Buat Laporan Polis – Sufi Rashid

Berikutan viral video isteri penyanyi Sufi Rashid yang dilihat seakan mahu melarikan diri ketika ketibaan ibu mentuanya di atas pelamin, wanita itu menerima pelbagai kecaman daripada netizen sehingga ada melabelkannya menantu kurang ajar.

sufi rashid

Advertisement

Hilang sabar dengan netizen yang teruk mengutuknya, Sufi memberitahu isterinya Nurulain Md Yusof sudah pun membuat laporan polis terhadap beberapa netizen yang melemparkan komen-komen cacian terhadapnya.

Laporan polis sudah dibuat cuma saya memilih untuk tidak berkongsi di media sosial berkenaan dengan butiran individu terbabit. Sebaik-baiknya, hal peribadi seperti ini biarlah kami sekeluarga sahaja yang tahu.

isteri sufi rashid

Dalam pada itu, Sufi menjelaskan tindakan undang-undang yang diambil bukan bermakna mereka merasa takut tetapi untuk memberikan pengajaran kepada netizen agar tidak mudah mengecam orang lain dan menjaga pertuturan mereka di media sosial. Menurut Sufi, selepas laporan polis dibuat, ramai netizen tampil memohon maaf.

Saya kongsikan di media sosial kerana nak ingatkan masyarakat untuk menjaga percakapan mereka. Kalau nak kecam-kecam pun, ada tahapnya. Janganlah sampai teruk sangat.

sufi rashid

Alhamdulillah, lepas post pasal laporan polis itu ramai yang minta maaf. Bukannya harapkan maaf ataupun apa-apa cumanya saya sekeluarga hanyalah manusia yang tak lari daripada kesilapan.

Terdahulu, Sufi tampil mempertahankan tindakan isterinya yang meninggalkan pelamin. Bukan berniat untuk bersikap biadab ataupun melarikan diri, tetapi enggan keruhkan keadaan. Terlalu banyak perasaan yang dipendam atas tindakan yang diberikan kepadanya. Menurut Sufi, Setiap kecaman yang dilemparkan netizen melukakan hati ibu serta keluarga mentuanya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...