Ramai Nampak Kafe Kucing Ini Tutup, Rupanya Pandangan Orang Ramai Dilindungi ‘Sesuatu’

Trending

Ramai Nampak Kafe Kucing Ini Tutup, Rupanya Pandangan Orang Ramai Dilindungi ‘Sesuatu’

GOOD MEOWNING (GM)

Selalu dengar orang lain yang kena mcam susah nak percaya. Sekarang kena pada diri sendiri. Awal-awal buka GM makanan selalu basi yang tak logik. Banyak kali kena buang. Masa tu ramai pelanggan GM.

Advertisement

goodmeowningDah selesai masalah basi GM dah kurang sangat pelanggan. Sampai tak boleh cover kos operasi.


Masih anggap itu kesalahan kami. Tetapi kerap sangat orang tanya: GM tutup, kah? Orang yang dekat-dekat pun tak tahu GM wujud.

Tetapi jika ada yang datang semua memuji-muji kafe cantik/bersih/sedap/murah/mesra/kucing best/the best cat cafe dan sebagainya. Siap kongsikan dan kempen di Facebook dan Instagram.

Namun sangat sedikit pelanggan.

Sejak minggu lepas dah mula rasa syak. Dah mula buat rawatan.

Pagi semalam kakak saya sendiri lalu depan kafe jam 8.45 pagi. Dia hairan kenapa tak buka lagi.

Staf kami masuk jam 7.30 pagi. Dan siap susun dan buka shutter jam 8.00 pagi. Kakak saya nampak kerusi saja di luar manakala shutter tertutup.

Walhal memang dah buka.

Lori ais pun tak berhenti. Walhal dia akan berhenti dan ke kaunter dua kali sehari.

Apa yang menutup pandangan mereka?

GM terletak di lot tepi. Dan konsepnya pula terbuka. Tiga shutter dibuka. Dan berada di laluan utama yang nampak jelas. Tetapi masih nampak tertutup?

Apa pun, kawan-kawan, kafe kami tutup Isnin sahaja. Jika hari lain nampak kafe tutup tolong pusing tiga kali sebelum kamu semua anggap tutup, ya. Ini pesan kawan yang dah alami.

Insya-Allah jika kedai memang buka kali ketiga akan nampak yang kafe kami buka.

Wallhua’lam.

***
Ramai rupanya yang nampak GM tutup saja. Tengoklah foto-foto di bawah. Kedudukan GM dan suasana GM yang jelas kelihatan. Lokasi dan situasi kami yang jelas kelihatan tak kira siang atau malam. Tetapi ada yang tak pernah tahu kewujudan kami meski selalu datang ke kawasan premis ini. Ramai yang DILINDUNGI PANDANGAN oleh sesuatu hingga tidak nampak atau nampak kami TUTUP SAHAJA meski pada hari-hari kami beroperasi.

1Kami beroperasi SELASA KE AHAD JAM 9.00 AM-10.30PM. Ada yang kata kami tak buka-buka selepas raya. Walhal kami mula beroperasi raya ketiga.

INSYAALLAH. Semua ini kami hadapi dengan usaha dan tawakkal kepada ALLAH SWT.

Setiap sesuatu berlaku dgn izin-NYA.

***
Tadi sambil memandu sambil memikirkan hal kafe sampai terlanggar kereta orang. Dengan tiada kutipan (wang) dari kafe,  melayang pula RM 450.

Hari ini dari pagi sampai jam 12.40 tengahari tiada pelanggan kafe langsung. Tolong doakan, ya?

Dulu masa awal-awal buka kafe ada dapat amaran dari orang yang tak dikenali di Facebook, tak disangka-sangka nak jatuhkan saya. Tetapi saya tak beri perhatian sebab saya bukan siapa-siapa. Jawatan apa pun tiada. Pengaruh pun tiada. Hanya seorang surirumah yang gilakan kucing dan nak berkongsi kegilaan itu dengan orang lain.

Di bawah antara respon dari kawan-kawan Facebook.

42635798

Sebelum saya menulis tentang ‘kafe tutup’ beberapa hari ini, memang saya dah fikirkan pro dan kontra tulisan itu.

Tetapi saya nekad sebab nak tahu hal sebenar. Alhamdulillah, dah tahu puncanya.

Walaupun sedih dan payah nak terima hakikat tentang perbuatan jahat ini, tetapi saya bersyukur. Pada masa yang sama membuka mata orang lain dan juga nengubah tanggapan orang ramai pada perniagaan-perniagaan. Sebab ramai para peniaga memberi maklumbalas berkongsi masalah yang sama. Nampak betapa sakitnya masyarakat kita ini.

Kitalah saja yang boleh mengubahnya dengan izin Allah.

Muhasabah diri. Betulkan niat jahat dalam diri kita jika ada. Didik ahli keluarga kita supaya jauh dari sifat dengki, irihati ini hingga sanggup bersahabat dengan jin dan syaitan. Takutlah pada neraka Allah.

Azabnya tak terbayang.

Impikan syurga Allah nikmatnya melepasi akal.

Jom kita perbaiki diri.

Sumber: Noraziyah Mansor-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...