Di Facebook, seorang peniaga burger meluahkan rasa terkilan apabila didakwa dikenakan kompaun sehingga RM50,000. Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang menjalankan perniagaan di hadapan rumah dipercayai didenda bagi kesalahan berniaga melebihi waktu yang ditetapkan.
Tumpang simpati dengan nasib yang menimpa abang burger, penyanyi rap, Caprice telah menghubunginya bertanyakan khabar dan meminta izin untuk membuka tabung derma. Tabung berkenaan bertujuan untuk meringankan beban menyelesaikan jumlah kompaun yang tinggi.
View this post on Instagram
Kita dekat sosial media ada satu soalan sahaja, kenapa bila berlaku dekat orang biasa, on the spot terus kena kompaun? Tetapi bila berlaku kepada orang kaya ke, orang ada nama ke, VVIP ke kena siasat dulu?
Menerusi hantaran tersebut, Caprice berharap abang burger sudi menerima bantuan yang dihulurkannya. Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada abang burger memberi keizinan atau pun tidak.
View this post on Instagram
Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan pantas Caprice menghulurkan bantuan. Begitupun, ada yang mencadangkan supaya rayuan dibuat untuk mengurangkan jumlah kompaun terlebih dahulu.
Kikilalak
April 27, 2021 at 6:55 pm
Meniaga burger kene compound same ngn tokei disco. Kejadah nye
Pkcik jamil
April 27, 2021 at 5:48 pm
Sng cita. Kita tatau cerita asal. Jd jgn la bt spekulasi melulu. Jgn dgr kata sblh pihak dan terus mnyalahkan satu pihak lg. Bawa bertenang, Dan jgn mngeruhkan keadaan lagi
Anon
April 27, 2021 at 4:37 pm
Dah buka tabung kutip 50K sedangkan abg burger belum buat rayuan ke KKM lagi. Abg burger dikompaun 50K kerana masih meneruskan langgar SOP wpun pernah dikompaun 1K sebelum ini. Org kampung telah puas menasihat tetapi tidak diendah, akhirnya aduan dibuat kepada polis. Jadi polis datang dan terus kompaun 50K dengan harapan abg burger serik. 50K kompaun boleh dirayu lagi utk diskaun. Tapi lain pula jadinya, diviral sehingga polis dicerca dicaci dimaki. Kes neelofa pula kompaun tanpa diskaun, wajib bayar 60K. Tapi itulah, kdg2 bila kita jelaskan keadaan, org bukannya mahu dengar pun. Yang tahu compare, caci, maki. Salam ramadhan.
tecit
April 27, 2021 at 3:05 pm
kesian betol niaga depan umah je kot. lopak tu siap buat majlis kawen. kene 60k. xpadan dgn abg bege.