Ramai Nak Tengok Tersingkir GV, Nubhan Kekal Tenang – “Tak Menang Saya Balik Buat Sambal”

Hiburan

Ramai Nak Tengok Tersingkir GV, Nubhan Kekal Tenang – “Tak Menang Saya Balik Buat Sambal”

Bintang Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Nubhan, kekal tenang meskipun menerima pelbagai komen negatif daripada segelintir netizen yang mahu melihatnya tersingkir daripada pertandingan itu.

Menurut Nubhan, fokusnya hanya pada persembahan, bukan isu peribadi yang diperkatakan di luar.

Advertisement

Saya datang ke pentas ini untuk menyanyi, bukan bawa kisah lain. Dalam industri, ada peminat dan haters.

Saya tak mahu terlalu ambil berat perkara tersebut dan hanya buat yang terbaik untuk program ini. Kalau ada rezeki untuk mara ke minggu seterusnya, saya akan teruskan tetapi kalau tiada, saya balik buat sambal.

Pelantun Ada Untukmu itu mengakui dia ada terbaca komen-komen negatif, namun memilih untuk tidak membiarkan kritikan tersebut mengganggu emosinya.

Saya sedia maklum komen negatif tetapi untuk ambil tahu lebih itu tidak. Saya perlu melalui perkara itu dan buat sehabis baik.

Nubhan juga mendedahkan bahawa sumber semangat terbesarnya sepanjang menyertai GV12 adalah anak-anaknya.

Bila kita tengok semangat anak, mereka memang letak harapan pada saya. Semasa latihan, saya sering membawa anak saya dan mereka siap menari. Itu gambaran bagaimana mereka suka dan teruja. Anak tak mahu tengok orang lain dah. Dari situ saya lebih bersemangat.

Walaupun diasak dengan pelbagai persepsi, Nubhan kekal positif dan terus memberikan yang terbaik di pentas GV12.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rita Rudaini
2025-12-10 10:17:59

Hantaran Threads Rita Rudaini Curi Tumpuan Ramai, Netizen Beri Kata-Kata Semangat - "Jangan Gentar Jika Kita Benar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...