Boleh dikatakan sejak pengumuman kumpulan nasyid Inteam bakal adakan Konsert Kasih Kekasih Inteam pada bulan September ini, ramai yang meluahkan rasa ‘excited’ untuk berperang membeli tiket konsert.
Ramai ‘excited’ nak beli tiket konsert Inteam
Difahamkan, konsert tersebut bakal diadakan di Zepp KL pada 27 September 2025 dan persembahan kumpulan nasyid itu sememangnya dinanti-nantikan oleh pencinta muzik nasyid.
Lebih mencuit hati apabila ramai kini memuat naik hantaran di platform media sosial memaparkan diri mereka berlatih menghafal lagu-lagu milik kumpulan Inteam yang dianggotai empat individu iaitu Mohd. Syahril Abdul Khalid, Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman itu.
Bukan nak cakap ape lah tapi tahun 1996 – 2005 memang zaman nasyid mendonia! 🚀
Dari Raihan dan Hijjaz, terus keluar kumpulan Mirwana, UNIC dan Inteam.
Know know dah 20 tahun lebih dan Inteam tibers nak buat konsert. What? Tiket paling murah pon RM100 je!
So kena pergi ke ni? pic.twitter.com/wkySmcmIia
— Januar Haikal (@Januarhaikal) May 20, 2025
Tiket murah, lelaki & perempuan duduk asing
Konsert tersebut diadakan bersempena penubuhan kumpulan terbabit selama 25 tahun yang popular dengan lagu Kasih Kekasih dan Nur Kasih.
Hal lain yang meraih perhatian ramai kerana harga tiket dijual sangat murah iaitu bermula dengan harga RM100, malah kedudukan lelaki serta perempuan turut diasingkan.