Hubungan rapat serta keserasian antara Uqasha Senrose dan Kamal Adli menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad membuatkan peminat mahu mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih. Katanya mereka sangat sesuai bersama.
Bagaimanapun, kata Uqasha soal hati ini tidak boleh dipaksa dan mereka lebih selesa berkawan sahaja.
Mungkin kerana masing-masing masih solo, jadi ramai berharap hubungan baik kami berlanjutan hingga ke luar lokasi penggambaran. Soal hati dan perasaan di luar kawalan saya, malah perkara itu belum saya fikirkan secara serius kerana mahu terlebih dulu membina kerjaya.
Keserasian itu tercipta mungkin kerana kami lama di lokasi penggambaran. Hampir lima bulan kami bersama menyiapkan drama itu. Jika ramai yang suka, itu bonus kerana ia bermakna, gandingan kami menjadi. Lagipun, keserasian bukan perkara yang boleh dibuat-buat.
Pada masa yang sama, Uqasha turut menafikan, perkahwinan adiknya, Nelydia Senrose, memberinya tekanan untuk segera mencari jodoh.
Uqasha masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dan tidak mahu mendesak dirinya hanya kerana ingin memenuhi kehendak orang lain. Dia menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

jgn bermimpi
July 16, 2019 at 12:13 pm
uqasha ni kan ‘call girl’ vvip… mau ker kt si kertu kamal ni…
duit nan hadooo ker…. dgn vvip senang dpt 4jotaaa.. mau break bayar laa
dgn org biasa2 ni mampooo ker nk byr uqasha ni… mimpi laa kamal
janpaloi
July 16, 2019 at 12:12 pm
hahahahhahah ok aku jelap gap.. kalau mereka bersama, maybe the most over-rated n most poyo couple lah jadinya. you guys are better an as individual, kalau as a couple tu, maybe mcm desperate. pls both of u cari partner yg tak lacah(sorry me inda tau apa lacah dalam bahasa malaysia)