Ramai Nak Kulit Cerah, Tapi Sebenarnya Kulit Sihat Berseri..

Branded

Ramai Nak Kulit Cerah, Tapi Sebenarnya Kulit Sihat Berseri..

Memiliki kulit sihat, cerah dan berseri menjadi idaman semua. Tapi, sayangnya tidak semua daripada kita bertuah untuk mendapatkannya. Tanpa penjagaan rapi dari awal, masalah bintik gelap dan hiperpigmentasi menjadikan kulit kusam dan kelihatan tua sebelum usia.

Untuk membantu pengguna di luar sana yang berdepan dengan masalah sebegini, jenama penjagaan kulit Cetaphil memperkenalkan rangkaian produk Cetaphil Bright Healthy Radiance

97% ahli akan cadangkan kepada rakan dan keluarga

Ini bukan sembarangan produk penjagaan kulit kerana dibuktikan berkesan daripada keputusan tinjauan Home Tester Club. 97% yang mencuba Cetaphil Bright Healthy Radiance Day & Night Cream akan mencadangkan produk berkenaan kepada rakan dan keluarga untuk dicuba sendiri.

Dalam tinjauan itu, seramai 455 ahli menerima kedua-dua krim berkenaan dan mencubanya dari 8 November sehingga 20 Disember 2021.

Berkesan dalam 4 minggu*

Cetaphil Bright Healthy Radiance ini terbukti secara klinikal dapat mengurangkan tompok gelap dan mencerahkan kulit hanya dalam 4 minggu*, dengan Teknologi GentleBright. Pemakaian konsisten Cetaphil Bright Healthy Radiance Day & Night Cream akan mempercepat pengguna melihat hasilnya.

Cetaphil Bright Healthy Radiance testimoni

Menurut Sharifah Wardah, ahli Home Tester Club, dia yang telah mencuba kedua-dua krim ini berpuas hati dengan hasil ditunjukkan, “Kulit saya lebih berseri selepas guna. Tona kulit pun makin sekata,” menurutnya.

Seorang lagi pengguna, Lavigne turut berkongsi pengalamannya yang berpuas hati dengan produk Cetaphil ini. Katanya, “Kulit saya sebelum ni sensitif sekarang makin cerah, tak ada lagi bertompok-tompok. Hasil macam ni buatkan saya rasa lebih yakin diri kerana rasa lebih cantik dari sebelumnya.”

Lindungi di waktu siang

Cetaphil Brightening Day Protection Cream

Brightening Day Protection Cream SPF15 melindungi dengan mencerahkan kulit tanpa iritasi dan memelihara pelindung kulit. Kulit yang terdedah kepada sinaran UV berbahaya akan menggelap dan perlahan-lahan kusam seiring usia. 

Kembalikan tona kulit lebih cerah berseri dalam masa sama melindunginya dari sinaran matahari berbahaya dengan pemakaian krim ini. Ianya mencegah bintik gelap dari terbentuk dengan pendedahan berterusan kepada sinaran UV.

Penggunaan konsisten berkesan untuk memudarkan bintik gelap selain memberikan hidrasi selama 24 jam tanpa merosakkan lapisan perlindungan kulit.

Rawat dengan Brightening Night Comfort Cream waktu malam

Cetaphil Brightening Night Comfort

Waktu tidur adalah masa terbaik untuk merawat kulit. Brightening Night Comfort Cream akan mencerahkan dan memperbaiki kulit semalaman dengan bertindak memudarkan tompok gelap, mencerah dan membekalkan hidrasi kulit. Bangun tidur, kulit nampak lebih sihat, cerah berseri.

Ramai yang mengalami masalah pigmentasi, bintik gelap dan inflamasi yang disebabkan oleh kulit sensitif dan kulit kusam. Untuk menangani masalah ini, penjagaan kulit dengan bahan yang tepat perlu digunakan. Rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance dicipta khas bagi membantu mereka yang bermasalah kulit sebegini untuk kembali mendapat kulit sihat berseri.

Rahsia kombinasi 2 bahan

Rangkaian Cetaphil Bright Healthy Radiance ini dirumus dengan 2 bahan utama yang menyerlahkan kecerahan kulit dengan Teknologi GentleBright:

Niacinamide (Vitamin B3)

Bahan yang cukup popular dalam produk penjagaan kulit ini bertindak sebagai antioksidan yang lembut tapi berkesan mengawal pemindahan melanin ke permukaan kulit. Hasilnya tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna.

Bunga Dafodil Laut Putih Semulajadi

Ekstrak bunga dafodil laut putih dapat mengawal dan menghalang penghasilan melanin yang berlebihan sekaligus  mencerahkan dan mengurangkan saiz tompok gelap.

Cetaphil Bright Healthy Radiance range

Tingkatkan keberkesanan dengan menggunakan kedua-dua produk ini dengan pencuci Cetaphil Brightness Reveal Creamy Cleanser 2 kali sehari diikuti toner Brightness Refresh Toner sebelum memulakan rutin setiap hari.

Brightness Reveal Creamy Cleanser dirumus dengan bahan tidak mengeringkan kulit menjadikan kulit lebih terhidrat, lembut dan berseri setiap kali cucian.

Ikuti dengan aplikasikan Brightness Refresh Toner yang memberikan keserian segera pada kulit wajah selain melembapkan dan melembutkan.

Baca lebih lanjut mengenai Cetaphil Bright Healthy Radiance di SINI. Dapatkan rangkaian produk di drugstore berhampiran atau secara online di Shopee & Lazada sekarang.

*Fail data Galderma 203150, 203141 & RD.27.SPR.203148

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...