Tindakan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menunaikan umrah di Makkah dengan berpakaian wanita lengkap bertelekung mengundang kontroversi dan menimbulkan kemarahan ramai.
Bukan sahaja Sajat malah dua lagi rakan baiknya, golongan transgender turut menunaikan ibadah tersebut. Apa yang mereka lakukan itu disifatkan tidak mengikut adab dan melanggar peraturan Islam sewenang-wenangnya semasa berada di Tanah Suci.
Selepas Sajat, kini rakannya yang dikenali sebagai Mokkay menjadi bahan kecaman netizen mempersoalkan tindakannya berpakaian seperti wanita dan telah mencemarkan tempat suci tempat umat Islam beribadah.
Ramai sudah mula boikot produk Sajat
Tidak mahu bersubahat dengan golongan yang mencemarkan Islam, individu yang mengecam Sajat dan rakannya itu mengatakan sudah ramai yang mula memboikot produk usahawan kosmetik tersebut.
Mokkay menerusi akaun Instagramnya turut meluahkan rasa kecewa dirinya dan Sajat sehingga hari ini masih teruk dikecam.
Teruskan boikot Sajat
Menerusi ruangan komen, boleh dilihat rata-rata netizen menggesa orang ramai terus memboikot Sajat untuk memberi pengajaran terhadapnya.
Terdahulu, menjawab segala persoalan berkaitan dirinya menunaikan umrah, Sajat berkata dia mengelak daripada menyentuh wanita selain daripada ibu dan ahli keluarganya sahaja. Salam wanita lain berlapik menggunakan tudung.
Sajat juga mengakui dia melakukan ibadah, solat di kawasan jemaah wanita, tidak merasakan kehadirannya itu mengganggu jemaah lain.
Elliza Razak
February 17, 2020 at 7:14 pm
RASIS YANG DIGALAKKAN ADALAH MENOLAK LGBTQ.
Anonymous
February 17, 2020 at 5:33 pm
aku dah unfollow alep sukri ni.. dia sokong benda yg x patut
Anonymous
February 17, 2020 at 4:45 pm
Baikot pondan baikot fake product sajat … Bengkung tipu … Pi buat badan kat Siam kata guna bengkung …jangan tertipu … Baikot pondan
Aida Musa
February 17, 2020 at 4:08 pm
Cakap banyak tak guna, kita perlu bertindak
Boikot sajat & bisnesnya!
unknown
February 17, 2020 at 3:13 pm
inilah cara terbaik untuk sedarkan spesis2 sajat.. bangga dengan kemewahan yg ada sampai sanggup cabar hukum ALLAH.. sama juga dengan c alep syukri tuh.. bersubahat sama.. semoga spesis2 nih sedar & bertaubat