Ramai Merungut Harga ‘Yahudi’, Tapi Tiket Konsert BLACKPINK ‘Sold Out’ Sekelip Mata

Dunia

Ramai Merungut Harga ‘Yahudi’, Tapi Tiket Konsert BLACKPINK ‘Sold Out’ Sekelip Mata

Sedia maklum, kumpulan K-Pop wanita popular, BLACKPINK akan menggegarkan Stadium Bukit Jalil dengan membuat persembahan pada bulan Mac tahun hadapan.

Diramalkan, konsert kali ini akan dilakukan secara besar-besaran, malah dua kali lagi ramai peminat boleh hadir dari konsert pertama yang dilakukan oleh mereka di Malaysia, sebelum ini.

Advertisement

Difahamkan tiket konsert BLACKPINK laris terjual dalam masa 30 minit sahaja biarpun semasa harga tiket diumumkan, ramai peminat mengeluh apabila melihat harga yang diletak oleh mereka.

Beberapa ciapan yang dibuat di Twitter, ramai peminat meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat membeli tiket konsert kumpulan tersebut, namun ada juga berkata masih ada tiket yang belum terjual dan hanya perlu tunggu pihak penganjur umumkan berkenaan tiket itu.

Tiket konsert BLACKPINK dikatakan bermula dengan harga RM388, RM488, RM588, RM788, RM988, RM1588 dan tiket VIP dijual dengan harga, RM1888.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Blackpink tiket
1 year ago

“Pentaksub Sanggup Bayar” - Konsert Tiket Blackpink Harga ‘Yahudi’, Peminat Luah Rasa Kecewa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...