Ramai Mengeluh Dengan Keputusan Penolakan Dan Pengurangan Dalam Semakan BPN

Trending

Ramai Mengeluh Dengan Keputusan Penolakan Dan Pengurangan Dalam Semakan BPN

Bermula semalam, orang ramai sudah boleh membuat semakan status kelayakan bagi permohonan baru dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Namun, ramai yang mengeluh kerana berlaku pengurangan dan ada permohonan yang ditolak atas beberapa sebab yang diberikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam kenyataan soalan lazim semalam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyenaraikan beberapa alasan penolakan permohonan, antaranya gaji melebihi RM4,000, mempunyai rekod pendaftaran syarikat dan pendapatan isi rumah melebihi RM8,000.

Advertisement

“Memang ada syarikat, tapi dah lama tak beroperasi.”

Tinjauan ke laman Facebook rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati ratusan komen dan keluhan orang ramai mengenai perkara ini. Ada yang menyatakan syarikat yang didaftarkan mereka sudah lama tidak beroperasi, gaji bawah RM 2,000 tetapi hanya menerima RM 500 dan sebagainya.

Pihak LHDN dan kerajaan sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai perkara ini.

Pastinya ramai yang terkesan dengan penolakan dan pengurangan BPN ini, kerana pendapatan rakyat terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...