Sedia maklum, terdapat 17 laluan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya ditutup untuk sementara waktu susulan Presiden China datang melawat Malaysia.
Biarpun sudah dimaklumkan, tetapi ramai netizen yang tetap meluahkan rasa berang dengan penutupan jalan yang dilakukan itu.
Ini sebab penutupan jalan raya dilakukan..
Kalau korang nak tahu, langkah-langkah tersebut perlu diambil bagi memastikan perjalanan delegasi negara tersebut selamat.
Untuk memastikan perjalanan berada dalam keadaan selamat, pihak keselamatan negara akan melakukan persiapan rapi selama beberapa bulan sebelum kedatangan Presiden China, Xi Jinping.
Sekadar info, terdapat sesetengah pemimpin dikenali sebagai ‘high risk target’, di mana beliau sering menjadi sasaran pengganas, pembunuh upahan serta musuh negara tertentu.
Jadi antara negara yang tersenarai adalah pemimpin negara Amerika Syarikat, China, Korea Utara dan Rusia.
Perlu dikawal dengan ketat, libatkan maruah negara
Disebabkan itu, kedatangan Presiden China ke Malaysia perlu dikawal dengan ketat serta teliti kerana China merupakan negara yang berkuasa besar dengan kepentingan strategik serta ekonomi yang besar.
Sekatan jalan raya merupakan salah satu langkah pertama yang diambil supaya perjalanan delegasi Presiden berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.
Bukan hanya sekadar soal keselamatan, tetapi ia juga melibatkan maruah negara, di mana Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan semua delegasi, terutamanya pemimpin negara yang datang daripada negara berkuasa besar.