Baru-baru ini, seorang pelakon, Fatin Afeefa mendedahkan mereka sudah menimang cahaya mata lelaki yang bernama Muhammad Jibril.
Ekoran pengumuman itu, masyarakat memuat naik kembali kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai hukum menamakan anak dengan mana-mana nama para malaikat.
Ulama mengharuskan memberi nama anak dengan nama-nama para anbiya’ dan malaikat, dan tiada larangan yang tersabit daripada Nabi SAW berkenaan perkara ini
Namun terdapat juga para ulama yang memakruhkannya, antaranya ialah Imam Malik yang memakruhkan penggunaan nama Jibril.
Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat, mengambil kira larangan bersifat makruh oleh sebahagian ulama daripada menggunakan nama-nama khusus bagi malaikat seperti Jibril dan Mikail, maka mereka juga berpandangan bahawa nama-nama tersebut adalah khusus bagi malaikat dan makruh untuk kita menggunakannya.
Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama Malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.