Ramai Lelaki Luar Negara Setuju Mesej Malaysia Supaya Isteri Jangan Berleter Semasa PKP

Trending

Ramai Lelaki Luar Negara Setuju Mesej Malaysia Supaya Isteri Jangan Berleter Semasa PKP

Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menarik balik poster beberapa panduan kepada suri rumah untuk mengelakkan pergaduhan bersama pasangan sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan berkata, pihaknya memohon maaf sekiranya beberapa tips yang dikongsikan tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu serta akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Advertisement

Antara tips poster tersebut meminta agar isteri tidak berleter kepada suami sepanjang PKP untuk mengelakkan pergaduhan.

Poster tersebut khabarnya tular sehingga ke luar negara dan dilaporkan media-media seluruh dunia termasuk Australia, Taiwan dan United Kingdom.

Bagaimanapun, agak lucu apabila sebenarnya ramai lelaki luar negara menyuarakan di Twitter bahawa ia mesej yang tepat.


@rickgen16 berkata:

Akhirnya, dasar kerajaan yang bagus.

@Skyl3r_26 berkata:

Nasihat yang baik.

@Adamgreayhead berkata:

Sekarang, saya nak cari isteri dan pindah ke Malaysia.

Salah seorang dari mereka turut berkata:

Ia kaedah yang wajar untuk mencegah epidemik berleter yang turut membunuh.

Tidak disangka sama sekali ramai pula yang bersetuju dengan mesej yang disampaikan tersebut. Walaupun disifatkan tidak sensitif, tidak dinafikan ia mesej yang betul. Tak begitu? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...