Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu pelakon wanita, Jasmine Suraya Chin Xian Mei,35, yang ditawarkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Kerajaan pertimbang bantuan buat Jasmine Suraya lanjut pelajaran ke LA
Maklum Fahmi, pihak mereka sedia membantu aktres tersebut jika perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.
Kerajaan kaji bantu Jasmine Suraya sambung pengajian bidang seni di Los Angeles#BHnasional Fahmi akui kos pengajian mahal, sedia timbang jika bersesuaianhttps://t.co/iDeyYa7Ceq
— Berita Harian (@bharianmy) March 24, 2024
Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah.
Fahmi berkata demikian ketika berada di majlis Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia dan rakan kolaborasi di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, semelam.
Terdahulu, pelakon Jasmine Suraya memberitahu dia terpaksa menjual beberapa barangan peribadi seperti kereta bagi menampung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula bulan hadapan.
Difahamkan, Jasmine adalah rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg. Antara nama-nama besar yang pernah memasuki pusat pengajian yang sama adalah seperti bintang Hollywood Angelina Jolie dan Marilyn Monroe.
Netizen tak setuju?
Menjengah ruangan komen media sosial berkenaan isu itu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan timbang tara yang diutarakan pihak kerajaan bagi membantu aktres tersebut menyambung pengajian.
Ujar warga maya, ramai lagi golongan berpendapatan rendah yang mempunyai keputusan cemerlang wajar menerima bantuan pendidikan daripada kerajaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.